Petua dan Tips Kesihatan..

May 06, 2015

Assalamualaikum semua,Selamat pagi..apa khabar semua hari nie?Hari nie Kak Sue nak kongsi petua dan tip yang Kak Sue baca dari Edisi khas Kosmo.Antara tip nya adalah :

Telur
Menegangkan kulit muka~Pukul putih telur sehingga kembang dan di bancunh dengan sedikit tepung sagu.Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Pucuk Jambu
Hilangkan bau mulut~ambil 15 helai pucuk jambu batu dan tumbuk sehingga lumat.Kemudian,masukkan dalam gelas yang berisi separuh air.Tambahkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.Tapis air tersebut.Kumur dua atau tiga kali sehari.
Biji Asam Jawa
Hilangkan karat gigi~Penggunaan biji asam jawa dapat menghilangkan karat yang terdapat pada gigi.Caranya bersihkan biji asam jawa dan goreng tanpa minyak sehingga garing.Tumbuk sehingga lumat.Campur sedikit air dan gaul rata.Kemudian sapukan pada gigi dengan jari atau berus gigi.
Ucang Teh
Hilangkan Bau kaki~Masalah kaki berbau berlaku terutamanya bagi mereka yang kerap menggunakan kasut tertutup dalam tempoh yang lama.Bagi mengatasinya,sediakan satu bekas air dan letakkan ucang teh dalam bekas tersebut selama setengah jam.Rendam kaki.
Belimbing Buluh
Rawat masalah tumit kaki pecah atau merekah~Gosok tumit kaki anda dengan belimbing buluh sehingga bersih.Dengan menggunakan berus lembut,bersihkan kaki anda.Selain melembutkan kulit kaki,cara tersebut juga dapat membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.
Pisang Abu
Rawat masalah sembelit~Sering menghadapi masalah sembelit dan perut tidak selesa?Petua ini dapat menghilangkan masalah tersebut.Ambil beberapa biji pisang dan bakar sekali dengan kulitnya menggunakan api yang kecil.Pisang tersebut perlu di bakar sehingga masak dan kulitnya menjadi hitam.Apabila pisang tadi sudah suam,buka kulitnya dan makan segera.Amalkan setiap hari bagi membantu sistem pelawasan badan.

~Selamat mencuba tip dan petua nie ye,semoga bermenafaat untuk korang semua..Papai..!!!~


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Salam singgah sini...
    Good Sharing... Selamat mengamalkan tips dan petua ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Mia..tq sudi singgah.. sama2 kita amalkan ye.. :)

      Delete
    2. As salam Mia..tq sudi singgah.. sama2 kita amalkan ye.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.