MPS datang lagi

Assalamualaikum semua,Hari nie MPS datang lagi buat kali kedua ke Bandar Tasik Puteri di taman perumahan Kak Sue nie,di harap pengerusi persatuan peniaga-peniaga kecil atau mana-mana pihak yang berkenaan dapat membantu peniaga kecil macam kami nie.Cari satu tapak atau tempat untuk kami berniaga,dengan kawasan yang lebih strategik dan selesa.Bukan macam yang ada seperti food court sekarang macam syok sendiri aja,dengan bahagian dapur menghala ke jalan masuk dan tempat agak tersorok ke belakang.Kalau orang luar datang dah macam rumah kongsi dah nengoknya.Sedih sungguhhhh..
~MPS~ 3 mac 2015~


~MPS~ 3 Mac 2015~
Sewa kedai di Bandar Tasik Puteri pula agak mahal kalau nak di bandingkan dengan keluasan kedai serta keselesaannya.Masuk dua,tiga meja dah penuh kedai dengan masalah saluran paip dan tandas yang asyik tersumbat.Rasa macam tak berbaloi dengan harga yang di tawarkan tu.Dah ngalahkan harga tapak di Stadium Bukit Jalil dah,stadium tengok lah crowd dia macam mana..ini Allah!!Bila letak meja di kaki lima dan parking timbul masalah lain pulak.Kena bayar sewa dan buat permit lagi.belum lagi kena snap gambar dan teruk di hentam di Group BTP,tekanan perasaan seminggu..!!!Nak marah MPS pun tak boleh juga,mereka pun berkerja dan cari makan macam kita jugak,mereka terpaksa bertindak setelah mendapat arahan dari orang atas dan aduan dari orang ramai. Harap pihak berkenaan dengarlah keluhan kami peniaga-peniaga kecil nie ye...Apapun harap adalah penyelesaian yang baik antara dua pihak selepas ini.

Post a Comment

0 Comments