Mata Dah Macam Panda..~Jom Cari Daun Pudina..


Assalamualaikum semua,dalam minggu nie rasa macam tak cukup rehat dan tidur betul Kak Sue.Kadang seharian kesana kemari dok menguruskan pasal tapak niaga,nak beli barang niaga,settlekan bil,beli barang dapur,siapkan kerja rumah,melayan anak-anak..penat betul Kak Sue minggu nie.Baru settle niaga Stadium Bukit Jalil sekarang nie Kak Sue dok uruskan pasal kiosk di Stadium Shah Alam pulak.Dah dua hari dok berulang alik ke stadium,akhirnya dapat jugak peluang Kak Sue dan Abang Man untuk berniaga,Alhamdullilah.!!Mata pun naik lembam dah..rupa panda pun ada dah..ehehehe.Tadi Kak Sue rehat-rehat sambil baca paper Kosmo ternampak petua untuk menghilangkan lingkaran bawah mata.Pada yang nak cuba boleh la cuba petua yang Kak Sue kongsikan nie ye..Ambik daun pudina segar,tumbuk dan kemudian letakkan di sekitar mata kita.Kemudian biarkan selama sepuluh minit sebelum mencucinya.Mudah je kan petuanya,nak cari bahannya pun senang.Selamat mencuba ye..Kak Sue pun ingat nak cuba selepas nie sambil rehatkan badan...Jumpa lagi nanti,Selamat berehat bersama keluarga,Papai!!!

2 comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤