Kepah Tumis Bercili

May 05, 2015




Assalamualaikum,Selamat tengahari semua..masak apa hari nie untuk lunch?Kak Sue nie dah banyak hari gantung periuk..Hari nie siap aje ngemas dan nyapu rumah yang berabok,macam kena tinggal sebulan tu..terus cecepat masak.Nasib sempat anak- anak makan sebelum ke sekolah.Okaylah jom kita tengok resepi Kak Sue hari nie ye....is Kepah Tumis BerCili..gituuuu..

Kepah Tumis Bercili
Bahan2nya:
1 kg Kepah
1 biji Bawang besar
1 biji Bawang putih
3 camca Cili kisar
1 batang Serai
1 keping Asam Keping (Gelugor)
2 tangkai Daun kari

Cara2nya:
Cuci kepah dan toskan.Ketepikan
Kisar bawang besar dan putih separuh hancur
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar dan serai yang telah di ketuk serta asam keping
Biarkan hingga cili betul2 masak
Masukkan air satu atau dua cawan,kang bebanyak air..kepah tu dia kuarkan air dia..udah banjir le pulak..ehehe..so agak2 la ye air tu nak banyak mana..
Bila dah masak cili tadi,boleh la masukkan kepah dan daun kari
Biarkan mendidih kejap,masukkan garam dan perasa mengikut selera memasing ye.Tutop api..udah siappp..

~Selamat Mencuba..ringkas,cepat dan seharusnya sedapppp...jumpa lagi..Papai!!!~

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sedap.. :)

    44 pemenang dicari!!!

    Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
    - Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
    - Kain Pelikat - 2 pemenang
    - Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
    - Pin Shawl - 2 pemenang
    - Blause - 1 pemenang
    - Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
    - Cash RM30 - 1 pemenang
    - Cash RM10 - 2 pemenang
    - Topup RM10 - 3 pemenang
    - PVC Keychain - 30 pemenang

    Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

    Jom terjah entry terkini "Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur"

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. try la resepi akak tu Iena :)

      Delete
    2. try la resepi akak tu Iena :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.