Kelantan dan Lion X11 Bertemu di Bukit Jalil


Assalamualaikum,selamat pagi minggu semua.Semalam tamat ja perlawanan semi final antara empat team,Kak Sue dapat mesej whatsap untuk hadir ke Stadium Bukit Jalil pada hari isnin bagi mengisi borang dan undi untuk tapak kiosk niaga.
Berakhir la sudah bagi merebut tempat ke final Piala FA untuk tahun ini dengan team Kelantan dan Lion xii layak ke final.Kelantan menang dengan agregat 2-3 selepas mengalahkan Pahang.Manakala Lion xii mara ke final dengan mengalahkan Terengganu dengan agregat 2-2,kelebihan kepada Lion xii kerana kelebihan jaringan di tempat sendiri walaupun Terengganu menang 3-2 malam tadi.
Kak Sue harap kali ini di permudahkan tiap urusan para peniaga kiosk dan jugak pihak stadium.Semoga di murahkan rezeki dan kita jumpa di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei 2015,8.45 malam hari sabtu.Jumpa di sanaaaaa...papaiii!!

Post a Comment

0 Comments