Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Assalamualaikum,Selamat tengahari semua..Salam Jumaat penghulu segala hari.Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan di permudahkan setiap urusan kita baik di dunia mahupun akhirat,aamiin Ya Rab...Menu apa untuk makan tengahari nie kawan-kawan?Hari nie Kak Sue masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat,nak tau macam mana tumis darat..jom kita tengok resepinya ye..

Gulai Ikan Masin Tumis Darat
Bahan2nya:
1 peket Ikan Talang masin
1 peket Halba campur
1peket Rempah Kari
1 1/2 biji Bawang besar (1/2biji di hiris nipis)
5biji Bawang putih (2 biji di hiris nipis)
1 inci Halia
3 biji Terung
1 biji Kelapa (di ambil santannya)
1 camca besar Asam Jawa (di ambil airnya)
2 tangkai Daun kari
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Bunga lawang
*sedikit garam dan bahan perasa
*sedikit minyak untuk menumis
Cara2nya:
Kisar bawang merah,putih dan halia hingga hancur
Campurkan bahan kisar dengan rempah kari dan asam jawa.Gaul sebati.
Kemudian campurkan santan dan bahan yang di gaul tadi.
Masak campuran santan tadi hingga mendidih,masukkan ikan masin dan terung.Kemudian boleh la masukkan garam dan bahan perasa mengikut selera memasing ye.
Apabila dah masak bahan tadi,ketepikan.
Panaskan kuali,tumis bahan yang di hiris tadi bersama halba campur,kulit kayu manis,bunga lawang dan daun kari sehingga garing.
Kemudian curahkan bahan yang ditumis bersama minyak ke dalam kari yang telah di masak tadi.Tutop periuk,biarkan seketika sebelum di hidangkan.

Dah pun siap Gulai Ikan Masin Tumis Darat.Kak Sue pun tak pasti macam.mana boleh dapat nama Tumis Darat..mungkin sebab kita tumis bahan-bahan tu asing,baru di campurkan ke dalam periuk kari tu kan.Bau nya bila dah di campurkan memang buat kita rasa lapoooo je tetiba..ha gituuu kauuu.Selamat mencuba resepi untuk hari ini.Semoga bermenafaat untuk semua ye,jumpa lagi nanti..Papai!!!

3 comments

  1. nampak sedap gulai ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Mimi resepi akak tu,kalau tak berapa selera nak makan masak nie..insyAllah tambah nasi nie..ehehe..

      Delete
  2. Terima kasih Shuhaida....nampak macam sedap je resepi masakan lauk ikan masin tumis darat. Apapun satu perkongsian resepi yang menarik....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤