Cuti-Cuti Ke Pulau Pangkor

May 30, 2015

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue ke Pulau Pangkor yang pernah Kak Sue datang berbulan madu beberapa belas tahun yang lepas.Lama gila kannn..Teruja aje bila nak throw back..hamboi trow back giteww..muahahaha..Sebenarnya sebelum ke Pulau Pangkor kami singgah ke Cameron Highland dulu,memandangkan Kak Sue dan anak-anak belum pernah ke sana lagi.Kami sampai di Lumut agak lewat malam dan memutuskan nak bermalam dulu di Lumut.Esok pepagi lagi anak-anak dah excited nak ke Pulau Pangkor pepagi lagi dah bangun dan sibuk packing barang-barang.Selepas check out,kami sarapan dulu dan terus gerak ke pulau.


Anak-anak Kak Sue memang paling excited sangat,naik bot relaks je..Ibu nie ha,gelabah semacam..semuanya takut kalau Ibu depa nie ehehe..Sampai sana ambik van dan terus ke tempat penginapan.Kali nie kami memilih untuk menginap di Pangkor Bayview Beach Resort.Tempat agak selesa dekat dengan tempat makan dan menghadap ke laut..dan yang penting sekali ada kolam.Anak-anak Kak Sue memang suka mandi kolam..nahhh mandi la sepuas-puasnya nak..



Jalan-jalan pusing pulau waktu petang,sambil ambil angin dan melawat tempat-tempat tinggalan sejarah..Kota Lama dan Batu Bersurat..masih dalam keadaan terjaga..




Unik kan,Ikan Duri di awetkan untuk hiasan..Bermacam jenis ikan,size dan harga.Pilih je nak mana satu..Harga boleh di runding lagi..


Petang lagi mandi laut pulak..kasi can lah kan tak pernah merasa lagi anak-anak mandi laut.Ibu dan Abah feeling romantik la kejap..mengimbau kenangan berbelas tahun yang dulu..ehehe..





Sebelah malam kami makan malam di gerai tepi laut depan tempat kami nginap tu,not bad la..Semua fresh je,cuma servis agak lambat mungkin di sebabkan ramai orang kut..is hokay la kan..janji makanan sampai jugak..

Hari kedua kami sekelurga naik bot ke Coral Island.Pulau kecik ja untuk bersantai-santai,berehat nak snorkling pun boleh..Kak Sue is takut berenang kut tepi-tepi aje..ehehe..Janji dapat main air..


Dah siap mandi manda kat Coral Island,kami pun check out tengahari tu dengan rasa yang sangat happy..wah gituuu kooo!!!Anak-anak memang seronok dan mintak bercuti ke pulau lain pulak lepas nie..InsyaAllah kalau ada rezeki,pasti ke pulau atau tempat yang lain pulak.Dah sampai jeti,jalan-jalan lagi beli buah tangan nak bawak balik ke rumah..
Permandangan kat Jeti Lumut waktu sebelah petang..cantik kan..Semoga jumpa di percutian Kak Sue yang lain,jangan jemu singgah blog Kak Sue ye..Jumpa lagi..Papai!!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Wah jenjalan. Seronoknya. Have fun kak sue ! Take care <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain nie jenjalan 2 taun lepas baru nak sharing kat sini la dear..ehehe.. <3

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.