Cuti-Cuti Ke Cameron Highland

Assalamualaikum,pertama kali Kak Sue jejakkan kaki ke Cameron Highland Ya Rabbi tak tahan nye..is pening!!Jalan nya yang bengkang bengkok dan sempit memang bikin hati nie cuak je.Time Kak Sue pergi tu,selepas raya Aidilfitri beberapa hari,jadi ramai la jugak orang dan Kak Sue serta family tak rancang nak bermalam di sana.Hanya bawak anak-anak bersiar menikmati pemandangan dan nak rasa cuaca yang sejuk,tapi tak sejuk sangat pun.Kata orang dah banyak pembangunan,tebang pokok sana sini tu yang dah tak berapa nak sejuk tu..




Sampai je kat atas kami singgah ke ladang teh di situ,sambil lepak-lepak dan minum serta bergambar.Cantik je pemandangan ladang teh tu,luas mata memandang.Rasa sangat damai dan relaks sesuai la untuk tenangkan diri dan fikiran kat sini.Kemudian kami mengambil keputusan nak ke ladang strawberry pulak.Dah sampai sana,alamak..tetiba bukan musim strawberry pulak dah,kecewa je anak-anak Kak Sue tak dapat nak rasa petik strawberry sendiri.Kak Sue pun belilah beberapa peket strawberry segar dan  strawberry yang telah di keringkan.Sedap jugak masam-masam manis rasanya.



















Dah puas bersiar,melepak dan membeli belah serba sikit buat buah tangan untuk di bawa pulang,Abang Man beri cadangan untuk kami sekeluarga sambung cuti ke Pulau Pangkor pulak.Apalagi bersorak keseronokan la anak-anak terubat sikit kecewa tak dapat petik strawberry tadi.Perjalanan dari Cameron Higland ke Lumut memakan masa lebih kurang sejam lebih.Kami sampai di Lumut dah agak lewat malam,dan kami mengambil keputusan untuk bermalam saja di Lumut.Esok pepagi boleh la berangkat ke Pulau Pangkor pulak sambung Cuti-Cuti  kami sekeluarga
Anak-anak paling seronok dan tak sabar nak ke sana,maklumlah pertama kali nak bercuti di pulau dan merupakan tempat Ibu dan Abah berbulan madu dulu..ehehehe..Sekian dulu untuk kali ini,bersambung lagi di entry Cuti-Cuti  Kak Sue yang lain..jangan jemu singgah Blog Kak Sue ye..papaiii!!!



























Post a Comment

2 Comments

  1. rindu cameron... uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue pun gi dah berapa taun lepas dah nie..saje share kat sini..ehehe..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️