Buffet Ramadhan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam 2015

Assalamualaikum semua,selalu bila tiba bulan Ramadhan kita semua rasa teruja dengan Bazar Ramadhan kan..berbagai pilihan juadah yang dapat kita lihat di situ.Jadi,sempena bulan Ramadhan nanti Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengadakan promosi Sinar Ramadhan dengan mengadakan gerai-gerai dengan seleksi hidangan 100% Halal,menu Tradisional dan Antarabangsa.
Pihak Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam juga menyedia dua pakej iaitu
BARAKAH AL MUBARAK
RM125.00+ untuk dewasa
RM70.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak
PROMOSI~1 HINGGA 10 RAMADHAN
RM90.00+ untuk dewasa
RM58.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak

FITRAH AL MUBARAK
RM90.00+ untuk dewasa
RM58.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak
bermula dari 11 Ramadhan dan seterusnya..

Antara menu-menu pilihan pula,Istimewa Mee Udang Sado,Kambing Golek,Turkey Kebab Skewer,Ayam Golek Percik,Cendol,Air Kelapa Muda dan tidak dilupakan terdapat jugak 250 jenis juadah yang akan di sediakan sebagai menu berbuka puasa nanti.Menarik kan..Jom kita lihat antara menunya..





Untuk yang suka makan seafood macam Kak Sue ada berbagai pilihan antaranya Tiger Prawn,Slipper Lobster,Oyster,Mussels ..Crab 






Untuk pilihan desert pulak ada berbagai jenis kuih muih,Cream Cramel,Puding,Serawa Durian dan macam-macam lagi.Juga tak lupa untuk anak-anak disediakan Cotton Candy,Popcorn dan pelbagai pilihan ais krim..tentu seronok kan anak-anak..






Surau juga ada di sediakan untuk yang mahu bersolat Magrib,Isyak dan Terawikh di Gasing Hall.Jadi tak perlu risau nak solat kat mana lepas berbuka ye..

Untuk Pertanyaan dan Tempahan :
Tel.nombor : 03 5511 8811 samb. 2801,2804 atau 2806
Email  : dosm@bluewazehotels.com
Facebook : www.bluewavehotels.com

Post a Comment

0 Comments