Sotong Goreng Kunyit ala Cik Mat Gebu

April 21, 2015

Assalamaualaikum,apa khabar hari ini kengkawan?Harap semua sihat al waafiat je ye..Waktu sekarang nie,di tempat Kak Sue tengah hujan lebat berserta angin yang kuat.Wah dah rupa berita cuaca hari ini dah ye,ehehehe.Lebat betul hujan nya,harap bersidang lah sebelum anak- anak balik sekolah nanti.Kesian pulak kang ada yang demam pulak nanti ye.Masak apa hari nie kengakawan?Kak Sue hari nie mencuba resepi Che Mat Gebu,Sotong Goreng Kunyit.Mintak izin kongsi resepi lagi ye Che Mat,ma kasih.Macam biasa jom le kita nengok resepi nya...

Sotong Goreng Kunyit
Resepi Asal:Che Mat Gebu
Bahan2nya:
3 ekor Sotong bersaiz besar ( Kak Sue guna 6 ekor saiz sederhana)
3/4 camca besar Serbuk kunyit
1 camca besar Tepung jagung
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar,hiris bulat dan leraikan (Kak Sue tambah lagi 1/2 biji untuk menumis)
1 biji cili merah,hiris (Kak Sue tak guna)
1 biji cili hijau hiris (Kak Sue tak guna juga)
Garam secukop rasa
Hirisan daun bawang utntuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasan
*Kak Sue guna cili padi 6 biji*

Cara2nya:
Sotong di bersihkan dan di potong bentuk gegelang,cuci dan toskan.
Kemudian gaulkan sotong dengan garam dan kunyit.Perap 25 minit (Kak Sue perap 10 minit aje,nak cepat memanjang ehehehe)
Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga harum.(Kak Sue masukkan bawang besar sekali,memandai je tambah kan)
Sementara itu masukkan satu camca tepung jagung ke dalam sotong yang di perap tadi
Besarkan api dan gaul rata.Tambah bawang besar dan cili padi.Kacau rata
Tambah garam secukop rasa,kacau dan masak sekejap.Dah siap ponggg...


~Selamat Mencuba kengkawan..Jumpa lagi esok..Papai!!~

You Might Also Like

3 ulasan

  1. tira selalu lepas siap sotong goreng kunyit, tira tumis pulak bawang dan cili api yang diblend. lepas cili masak, gaul dengan sotong.

    ReplyDelete
  2. wah sedap jugak kan tira..lain kali boleh buat camtu..

    ReplyDelete
  3. wah sedap jugak kan tira..lain kali boleh buat camtu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.