Salam Jummat

Assalamualaikum, hai semua. Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Hari nie 3 April 2015 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1436H. Apa khabar kawan-kawan pagi ini,dah sarapan ke belum? Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan baik didunia mahupun akhirat nanti.


Salam Jumaat

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar disisi Allah. Hari Jumaat hari yang penuh kebaikan dan amat berkat, hari yang disediakan sungguh banyak kebaikan serta peluang yang baik untuk kita meraih pahala yang berganda-ganda.

Berdoalah bersungguh-sungguh. Majoriti ulama berpendapat makbulnya doa satu diantara dua khutbah, keduanya sesudah asar pada hari Jumaat

Pada hari itu, iaitu Jumaat terdapat seorang mukmin apabila meminta (Berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya dari sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya dari kejahatan (HR.At-Tirmidzi).

Selain itu juga banyakkan bersedekah pada hari Jumaat yang barokah ini. Sedekah pada hari ini lebih mulia dibandingkan hari-hari selainnya. 

Pesan arwah Tok Guru yang Kak Sue belajar mengaji masa Kak Sue kecik-kecik dulu, rajin-rajinlah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat syafaat diakhirat kelak. Sebelum kami belajar mengaji beliau akan memberi sedikit tazkirah dan menyuruh kami semua berselawat atas junjungann Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 10 kali.

Beliau juga berpesan seelok-eloknya setiap hari bacalah selawat 10 kali pagi dan 10 kali petang. Pesanan itu Kak Sue ingat sampai ke hari ini. Masa tu Kak Sue masih disekolah rendah lagi. Kalau tak silap dalam umur 10 atau 11 tahun macam tu..

Selepas selawat ke atas Rasullulah s.a.w Tok Guru mengaji menyuruh kami membaca surah Al-Fatihah pula dan kemudian boleh lah mulakan bacaan Al-Quran. Memang sangat manis pengalaman ini bila dikenang.

Al Fatihah untuk Tok Guru Kak Sue semoga di tempatkan bersama orang yang soleh. Segala pesan dan nasihat Tok Guru itu akan Kak Sue ingati hingga ke hujung nyawa. Sekian lah dulu untuk pagi ini, diharap perkongsian yang tak seberapa ini memberi manfaat kepada semua, jumpa lagi. Papai!

Post a Comment

0 Comments