Rendang Ayam

April 15, 2015

Assalamualaikum,Salam Sejahtera semua.Hari nie Kak Sue nak share resepi jugak.Memang minggu nie mood rajin ke dapur dan mood nak mencuba resepi.Kali ini resepi Rendang Ayam yang Kak Sue dapat dari kawan sekolah Kak Sue,Zulaiha Megat..beliau memang hebat di dapur pun,nampak je beliau pos Rendang Ayam di facebook lelaju Kak Sue mintak resepi..hihihi..Lepas tu pepagi tadi dah suruh Cik Havang Man Java beli ayam.Jom kita tengok resepinya ye..



Rendang Ayam
Resepi Asal:Zulaiha Megat
Bahan2nya:
Separuh Ayam~di potong kecil
1 1/2 biji bawang besar
3 batang Serai
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
3 cawan santan pekat
2 peket kerisik
4 camca besar Cili Kisar
1 camca teh Serbuk kunyit
4 helai daun Limau purut

Caran2Nya:
Goreng ayam separuh masak (kalau tak mau goreng pun tak apa).Ketepikan
Kisar bawang besar,serai,halia dan lengkuas.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau,kemudian masukkan cili kisar
Masak bahan tadi sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan,biarkan mendidih dan pekat
Masukkan ayam yang di goreng tadi dan kerisik,kemudian gaul rata.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa,mengikut selera memasing ye
Kemudian boleh la di hidangkan dan hiaskan dengan daun limau purut yang dihiris kecil

~Sekian untuk kali ini,Selamat Mencuba,jangan lupa singgah lagi ye untuk resepi yang ringkas dan mudah hanya di Dapur Kak Sue...~Papai!!






You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.