Resepi Red Velvet Cake

Assalamualaikum,apa khabar kawan-kawan semua? Buat apa tu tak tido lagi ke? Mencari resepi kek untuk birthday anak ke? Boleh la cuba resepi ...

Assalamualaikum,apa khabar kawan-kawan semua? Buat apa tu tak tido lagi ke? Mencari resepi kek untuk birthday anak ke? Boleh la cuba resepi Kak Sue yang nak dikongsikan hari ini. Hari ini Kak Sue nak berkongsi resepi Kek Red Velvet atau dengan nama lain Kek Baldu Merah pulak. Resepi ini Kak Sue belajar dari kelas kek Ms Tina, yang sebelum nie ada Kak Sue kongsikan resepi Belgian Chocolate Cake. Kedua resepi nie Kak Sue belajar serentak pada hari yang sama, hebat tak? Chewahhh konon.. Belajar reramai boleh la kan,sembang kencang je ye..hahahaha!!Resepinya mudah aje cuma ikut arahan dengan betul,InsyaAllah jadilah kek yang kita nak tu ye..Baiklah mari kita tengok bahan kek n cara membuatnya..

Red Velvet Cake

Red Velvet Cake

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor
1 camca teh baking soda
1 camca teh garam
1 1/2 serbuk koko
*bahan kering perlu di ayak bersama*

1 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak
2 biji telur
1 botol pewarna merah (Kak Sue guna StarBrand Cochineal Colour)
1 camca teh cuka 
*bahan cecair*

Cara-cara:
Masukkan semua bahan cecair tadi ke dalam mixer 
Putar bahan tadi selama 2 minit dalam kelajuan sederhana.
Kemudian masukkan bahan kering tadi dalam dua bahagian
Kemudian kita scrap tepi mixer tu agar bergaul rata.
Bahagikan kepada tiga bahagian dalam loyang 7 inci
Bakar 150C selama 15 minit.
Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing ya.

Bila dah masak biarkan kek sejuk dulu, kemudian boleh lah korang nak deco kek tadi mengikut kretiviti memasing.

Cara nak buat cream boleh tengok Cara Buat Cream & Choc Deko Cake.


 




You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.