Petua Demam Panas


Assalamualaikum,Selamat pagi semua kawan-kawan.Salam ceria dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.Apa plan hari nie?Nak keluar bersiar-siar,tengok wayang atau bersantai saja di rumah?Maklum lah hari minggu kebanyakan kita bercuti dari bertugas kan,jadi masa ini lah yang paling sesuai untuk menghabiskan masa bersama keluarga tersayang dan memasak menu kesukaan keluarga kan..

Hari ini Kak Sue nak berkongsi petua yang Kak Sue dapat dari salah sorang kawan Kak Sue di Facebook.Memandangkan sejak dua menjak nie,cuaca agak tak menentu mengakibatkan kebanyakan dari kita di serang selsema dan demam.Jika anak kita atau ahli keluarga demam,kita sebagai Ibu mesti risau keadaan mereka kan.Jadi dalam banyak-banyak petua yang Kak Sue tau,Kak Sue nak kongsikan salah satu petua dari kawan Kak Sue nie,petua ini telah di turunkan oleh arwah ibu beliau dan juga beberapa petua yang lain yang ramai daripada kita pun dah tau.Mari kita lihat apakah petuanya ya..


PETUA MENGGUNAKAN ASAM JAWA
Kalau ada anak kecik atau kita yang demam panas,boleh lah mencuba petua ini.Untuk menurunkan suhu badan,ambik sedikit asam jawa,ramas dengan sedikit air.Kemudian didihkan air atas dapur,campur kan air bancuhan asam jawa tadi dengan sedikit tepung gandum,agar bancuhan tadi agak pekat sedikit.Masak sehingga mendidih dan sampai betul-betul pekat.Bila dah sejuk,lumurkan pada perut dan belakang badan.Pakaikan barut,kalau untuk anak kecil untuk mengelakkan asam jawa tadi "hilang" waktu tido.. :P....Lakukan berulang kali sehingga suhu badan terasai reda.


PETUA MENGGUNAKAN DAUN BUNGA RAYA
Selain daripada itu petua dari Ibu-Ibu kita ialah dengan sapukan kepala anak kita dengan air ramasan daun bunga raya.Ambik beberapa helai daun bunga raya,kemudain ramaskan daun tersebut sehingga mengeluarkan lendir.Selepas itu bolehlah sapukan pada kepala anak kita dengan air daun bunga raya tu ye,ulang beberapa kali sehingga demam anak kita kebah.InsyaAllah dengan izin Allah akan berkurangan panas badan anak kita.


PETUA MENGGUNAKAN AIR KELAPA MUDA
Lagi satu petua yang Kak Sue tau,yang diajarkan oleh suami Kak Sue sendiri dengan memberi minum air kelapa muda.Ulang minum beberapa kali sehingga badan panas itu mulai menurun,tapi ingat minum air kelapa muda yang ori tau,tanpa campur gula atau ais..barulah mujarab!!hihihi..


Okay lah sekian saja petua-petua dari Kak Sue untuk kali ini,nanti kalau Kak Sue dapat info petua yang lain akan Kak Sue kongsikan lagi di sini ye.Semoga bermanafaat untuk semua,jangan jemu menyinggah blog Kak Sue ye...Jumpa lagi dan jaga diri,Salam Sayang semua......Papai!!!

Post a Comment

0 Comments