Laksa Batu Kurau Kegemaran Kami

Assalamualaikum,Salam Jumaat semua,selamat beristirehat bersama keluarga.Hari nie Kak Sue masak Laksa Batu Kurau.Tentu ada yang tertanya-tanya apa bezanya Laksa biasa dengan Laksa Batu Kurau,sebenarnya sama je cara memasaknya cuma Kak Sue letak nama Batu Kurau sebab Kak Sue berasal dari Batu Kurau,Taipng,Perak.Bangga baq hang asal sana..ehehehe...Kami sekeluarga memang "antu" Laksa,kalau dah buat Laksa tu memang berulang la makan,tak makan nasi pun tak pe dah.Itu je la di ulang nya makan.Meh Kak Sue share resepi Laksa Batu Kurau nie ye..jom kita tengok...


Laksa Batu Kurau
Bahan2nya:
Bahan Kuah
1 kilo Ikan Sardin
4 biji Bawang besar
1 inci Halia
1 mangkuk kecil cili kisar (atau agak le nak pedas macam mana ye)
2 kiub Ikan bilis
3 batang Bunga kantan
sedikit asam keping
sedikit daun kesum
sedikit belacan

Bahan Ulam Laksa
Timun
Bawang besar
Daun salad
Limau nipis
Cili Padi
*ikut korang nak banyak mana*

Cara2nya:
Rebus ikan dan asam keping sehingga ikan mendidih.Ketepikan
Tapiskan ikan tadi dan sejukkan kejap
Sementara tu boleh la kita rebus cili kering pulak ye,kemudian tapis cili kering dan kisar bersama bawang,belacan dan halia.
Kemudian bolehlah asingkan ikan dan tulang,lepas tu kisar isi  ikan dan sedikit air hingga hancur
Tulang pula kita kisarkan juga dengan air dan asingkan
Masukkan semula air rebusan ikan,air tulang ikan dan juga air isi ikan ke dalam periuk
Tak lupa jugak masukkan cili kering dan asam keping
Rebus dengan api sederhana hingga mendidih
Kemudian boleh la masukkan bunga kantan dan daun kesum
Akhir sekali masukkan garam,kiub ikan bilis n serbuk perasa mengikut selera masing-masing
Siap dah Laksa Batu Kurau kita,mudah je kan.

Sementara tu jangan di lupa salah satu bahan utama Laksa itu sendiri.Kak Sue guna Laksa beras jenama EKA.Sebelum kita buat kuah laksa tadi,seeloknya kita dah rendam laksa tu dulu,jadi bila dah siap buat kuah laksa boleh kita terus rebus laksa pulak kan.Bila dah lembut,angkat dan toskan.Kemudian bilas dengan air dan toskan lagi.Dah siap dah bahan utama laksa,apa lagi boleh la di hidang kan bahan yang nak di gandingkan dengan laksa seperti yang Kak Sue bagi tau tadi.Potong timun,salad,bawang besar,cili padi dan akhir sekali is limau nipis..sedappppnya la haiiii!!!Senang je kan nak buat Laksa Batu Kurau nie,boleh di katakan sama je caranya..Selamat mencuba ye kengkawan..

~Jumpa lagi di lain entry..papai..!!~



Post a Comment

2 Comments

  1. Emm sedap nampak tu Sue, nanti akak nak cuba buat lah..

    ReplyDelete
  2. tq Kak Ita..cubalah kak..mudah je nak buat tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️