Kelebihan Surah Al~Kahfi

Assalamualaikum,Salam Petang Jumaat semua...Hari Jumaat selalunya kita akan tingkatkan amal ibadat kita memandangkan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari,hari yang penuh keberkatan,hari penciptaan,hari pengmakbulan dan hari pembalasaan untuk kita nanti...dan salah satu sunat di lakukan pada hari Jumaat adalah membaca Surah Al-Kahfi.


Surah Al-Kahfi adalah surah ke 18 dalam Al Quran.Surah ini mempunyai 110 ayat termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah.Di namakan Al Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua."Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi  pada hari jumaat,maka ALLAH akan meneranginya dengan cahaya antara dua jumaat" (HR AL-HAKIM).Selain itu ada banyak lagi cerita-cerita yang berkait dengan surah Al-Kahfi kita boleh rujuk seperti di bawah ini

1.Al-Barar bin Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi di dalam rumahnya,sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta.Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpulan awan berdekatan kudanya,lalu ditanya kepada Nabi Muhammad (s.a.w),Baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan,rahmat,barakah) yang di turunkan ALLAH kepada yang mengamalkan surah tersebut. (HR AHMAD,BUKHARI,MUSLIM).

2.Dari Abu Darda r.a,Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda : Jika sesiapa belajar dengan "mata hati" dalam 10 ayat pertama surah Al-Kahfi,dia akan terlindung dari fitnah Dajjal. (Hadis Riwayat Muslim)

3.Dari Umar berkata,Nabi muhammad (s.a.w) telah bersabda : sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua Jumaat.


Sama-samalah kita mengamalkan surah Al-Kahfi nie ye kawan-kawan.Banyak kelebihannya yang kita tak nampak.Bak kata salah seorang kawan sekolah Kak Sue bila dah terasa khasiat surah Al-Kahfi kita jadi tak sabar nak menunggu Jumaat seterusnya..bercahaya kubur kita nanti dengan cahaya Kahfi..Semoga Allah melorongkan hati kita ke arah kebaikan.Biarlah di akhir umur kita semua yang baik-baik belaka ye..aamiin Ya Rab.Sekian,jumpa lagi..Selamat Beramal...Papai!!



Post a Comment

0 Comments