Ikan Bakar Bersambal

April 14, 2015

Assalamualaikum,dah makan malam ke semua?Masak apa untuk makan malam hari ini?Ibu-ibu kekadang mesti pening kan memikir apa menu yang nak di hidangkan untuk keluarga tersayang.Hari nie Kak Sue mencuba resepi dari kawan Kak Sue,Nurul Nadia.. Ikan Bakar Bersambal, Kak Sue guna ikan bawal hari ini, nak guna ikan lain pun boleh.Kebetulan semalam pergi NSK beli stok barang dapur untuk seminggu.Cik abang beli ikan bawal,jadi kita buatlah guna ikan bawal.Jom kite tengok resepinya..mudah aje.Kak Sue memang suka mencuba resepi yang mudah dan cepat..ehehe..

Ikan Bakar Bawal Bersambal


Ikan Bawal Bersambal
Resepi Asal :Nurul Nadia
Bahannya:
1 ekor Ikan (cencaru,bawal,pari atau siakap,ikut kegemaran memasing)
3 ulas Bawang merah (Kak Sue guna sebiji bawang besar)
6 ulas Bawang putih
4 sudu besar Cili Kisar
1 sudu besar Asam Jawa
3 batang Serai
6 helai Daun limau purut
1/2 cawan Minyak masak
sedikit halia (Kak Sue tambah)
Segengam udang kering yang di cuci dan diredam seketika

Caranya:
Cuci ikan,toskan dan bakar atas kuali (Kak Sue guna kuali ajaib is senang)
Letak aliminium foil dan bakar (nie style bakar basah)
Kalau nak bakar kering bungkus dengan aliminium foil atau daun pisang. (Kak Sue guna daun pisang wangi je bau bila bako)
Sementara tu kita boleh la siapkan sambalnya ye
Kisar bawang merah,bawang putih,serai,udang kering dan daun limau purut
Panaskan kuali dan tumis semua bahan yang di kisar dan cili kisar sampai naik minyak dan sedikit garing
Kemudian masukkan gula,garam dan asam jawa.Ikut selera masing-masing nak banyak mana garam dan gula tu ye.
Kemudian bolehlah curahkan sambal atas ikan yang di bakar tadi
Tambahkan kacang bendi.Siap dah,mudah je kan.


~Jumpa lagi,Selamat Mencuba...Papai..~





You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.