Hari Minggu,Hari Untuk Keluarga


Assalamualaikum semua..macam mana hari minggu ini di habiskan?Mesti seronok kan dapat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.Mengemas rumah,memasak dan makan bersama.Dah lama Kak Sue tak masak,hari nie pepagi dah ada kawan datang antar pucuk paku depan pintu.Kata orang tua rezeki jangan di tolak,apalagi terus datang idea nak masak lemak kuning pucuk paku.Lepas je siap tempahan Kek Karamel,terus Kak Sue mula siap-siapkan barang nak masak.Ala..menu simple je hari nie,masak lemak pucuk paku,lepas tu goreng ikan termenung garing-garing dan buat sambal kicap,dah siap!!Bertambah-tambah anak-anak dan Havang Man Java makan.Puashati tengok depa berselera makan bila Kak Sue masak.

Bercakap pasal hari minggu nie,hari minggu adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh orang yang bekerja.Hari yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga,bersenang-senang dan melakukan kegiatan yang tertunda.Banyak kegiatan yang boleh di lakukan bersama keluarga pada hari minggu nie sebenarnya antaranya mencuci kenderaan kita sendiri.Sambil cuci kereta tu,anak-anak boleh la main air sekali,tentu seronok anak-anak kita.Sambil mencuci bergurau senda mengeratkan lagi hubungan kita dan anak-anak.Aktiviti lain yang juga boleh kita buat..mencuci dan mengemas rumah bersama-sama,jadi anak-anak kita boleh dititik berat soal displin tentang kebersihan dan kekemasan rumah.Jadi tak lah penat bila balik dari kerja tengok rumah bersepah-sepah kan..lagi la tambah penat!


Selain dari pada aktiviti diatas,kita juga boleh bawak anak bersiar-siar di luar rumah seperti berjoging di taman permainan,main bowling ke,badminton ke,berbasikal keliling taman perumahan kita ke,tentu seronok.Badan sihat,otak cergas gitewww..kannn!!!dan kalau tak nak masak pada hari tu,boleh lah bawak keluarga keluar makan di luar.Sesekali nak jugak merasa makan masakan luar kan.Ibu-ibu pun boleh la rehat sikit,tak gitu ibu-ibu??hihihhi...Hari-hari balik keje nak ngelupo masak pulak kan,so hari minggu is kitchen closed lah... :P

Dan dikesempatan hari minggu jugak boleh la kita bawak keluarga menziarihi keluarga yang lain.Untuk mengeratkan lagi silaturahim.Maklumlah dah seminggu berkerja sampai kadang tu,tak ada masa nak bertegur sapa dengan jiran atau sedara dan bertanya kabar kan.Anak-anak pun boleh dikenalkan dengan keluarga,kadang tu sepupu sendiri pun dah tak kenal dah.Maklumlah ibu bapa sebok berkerja,sampai tak ada masa untuk berziarah.jadi inilah masanya.Selalu kalau berjumpa pun hanya pada hari raya, atau ada apa majlis..macam mana anak nak mesra alam ngan sepupu sepapat kan..Itu yang kalau jumpa,masing-masing buat hal sendiri aje..


Apa juga yang di lakukan bersama pada hari minggu,ia adalah satu peluang Ibu Bapa untuk bersama anak-anak dan memahami kehendak mereka..Dan masa hari minggu juga adalah masa terbaik untuk melakukan beberapa perkara dengan kerjasama semua pihak keluarga.Namun ia memerlukan situasi santai dan gembira agar tidak memberi tekanan pada anak-anak dan ibu bapa itu sendiri.Sekian untuk kali ini...

~Selamat Berhujung Minggu..Jumpa lagi,Papai..!!~

Post a Comment

0 Comments