Didik Anak Kita Dari Kecil | Buah Hati Ibu



Assalamualaikum,Selamat malam semua.Hari ini Kak Sue nak bercerita tentang Buah Hati Kak Sue yang sangat Kak Sue sayang, sapa lagi kalau bukan anak-anak kesayangan Kak Sue yang tiga orang tu,NurSyazwani,Mohd Syazwan Fathi dan Mohd Syazwan Faris,gamat rumah!!hihihi..Kak Sue sentiasa mendoakan mereka siang dan malam agar sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,sentiasa sihat,di murahkan rezeki,baik akhlaknya,soleh dan solehah serta cemerlang dunia dan akhirat.Ibu manalah yang tak sayangkan anaknya ye..Sedari kecil anak-anak Kak Sue dididik penuh kasih sayang dan perhatian,tak lupa juga didikan agama dan adab sopan bersama orang yang lebih tua dan rakan sebaya.

Agak mencabar pada zaman sekarang nak mendidik anak menjadi seperti yang kita harapkan sebagai ibu bapa.Bagi Kak Sue didikkan dari segi apa pun perlulah dari anak itu masih kecil lagi.Orang kata kalau nak melentur buluh,biarlah dari rebongnya,kalau dah jadi buluh baik kita bako je buat lemang..dak gitu,hahahaha!!!(tak reti aih nak skema dan serius sangat)Anak-anak Kak Sue seawal lima tahun,telah di didik supaya solat dan berpuasa,supaya mereka tahu tanggong jawab kita sebagai orang yang beragama Islam,dan tahu batas-batas pergaulan.Alhamdullilah anak-anak Kak Sue agak mudah bila di suruh untuk berpuasa dan solat,walaupun kadangkala ada jugak helah dan alasannya!Dan kak Sue juga sentiasa pantau dengan siapa mereka berkawan dan bercampur.Kalau lain macam je terus kasi warning hokay.. 

Dari segi displin pula,memang sedari kecil jugak Kak Sue ajar anak-anak Kak Sue selepas main permainan mereka kena kemas balik,begitu jugak dengan buku-buku sekolah perlu disimpan di tempat yang telah di sediakan.Kalau sepah..siap!!!Begitu jugak bila dah habis makan, kena angkat dan basuh pinggan sendiri,kemas meja sendiri,jadi nanti kalau pergi ke rumah orang pun dah terbiasa la kan, tak la kita malu orang nengok perangai anak kita.Lagi satu berdasarkan artikal yang pernah Kak Sue baca,mendidik anak nie ada peringkat-peringkatnya.Pada tahap umur anak-anak Kak Sue sekarang mereka berada pada tahap sedang ingin mengetahui apa yang ada di sekelilingnya dan juga perhatian dari orang sekelilingnya.Dan pada usia begini juga kita harus bersuara lembut pada anak-anak kita,tapi dalam lembut kita kena tegas,kang lembut sangat pijak kepala kita pulak!!Buat anak seperti kawan,jadi mereka tak lah berahsia dengan kita.!!Macam anak-anak kak Sue mereka amat rapat dengan Kak Sue dan boleh bercerita apa saja dengan Kak Sue..Kak Sue sentiasa terbuka dengan anak-anak..seronok kan macam nie..

Allhamdullilah suami Kak Sue pun banyak membantu dan mainkan peranan.Anak-anak memang manja dan rapat jugak dengan Abah depa,kalau bergurau senda tu gamat rumah dengan gelak tawa.Susah nak dengar suami Kak Sue marah anak-anak kecuali lah ada kesalahan yang besar sangat.Okaylah Kak Sue rasa setakat ini dulu untuk kali ini,kita sebagai Ibu bapa sama-sama lah main peranan agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,dunia dan akhirat.Kak Sue pun bukanlah Ibu yang sempurna dan terbaik,tapi cuba untuk jadi sehabis baik agar kita tak di tanya di SANA kelak..Tips dari Ibu mertua Kak Sue,bila anak tido atau waktu anak-anak nak ke sekolah amalkan surah Al-Fatihah dan Al-Insyirah tiupkan di  ubun-ubun anak-anak kita,InsayAllah anak-anak mudah di bentuk dan lembut hatinya.Salam Sayang dari Kak Sue..yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri..Papai..!!!


Post a Comment

0 Comments