Blogger Day Out #KBBA 2015~ is Ohsemmmm!!!!

Assalamualaikum semua,Salam sejahtera,apa khabar semua hari nie..Kak Sue masih dalam mood happy tak keruan dek Blogger Day Out #KBBA semalam,tak abis lagi feeeling seronok gila!!!Dari malam dah stand by barang yang di bawa,siap set jam takut terbabas nak bangun awal sebab nak sampai tepat waktu.Seawal lima pagi Kak Sue dah bangun packing puding yang nak di bawa untuk port luck.Tiba di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya terus mendaftarkan diri di kaunter pendaftran dan berkenalan dengan kawan blogger yang lain.Kemudian kami dibahagikan kepada empat kumpulan..merah,biru,hijau dan unggu untuk acara yang telah di sediakan oleh team AJK KBBA.



Sebelum memulakan acara yang lain,majlis di mulakan dengan bacaan doa dari blogger Zaini dan sedikit ucapan dari wakil KBBA Lan Careno.Selepas itu acara di teruskan dengan acara aerobik yang telah di lead oleh Fatin Bella,berpeluh jugak le badan walau ada sesetengah step tu tak dapat nak ikut sebab hakak is maluuuu..ehehehe...


Selepas selesai acara beraerobik,kami ke Driving Range untuk acara golf pula,iaitu Golf ala Blogger.Setiap ahli kumpulan di benarkan memukul bola sekali aje dan bola yang berada paling jauh pukulannya di anggap sebagai pemenang.Pertama kali pegang kayu golf,kena tak kena bola,itu belakang kira yang penting cuba dan enjoy..ehehehe..Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini juga ada menyediakan kelas dan pakej untuk sesiapa yang berminat secara perseorangan atau berkumpulan (dua orang sahaja) dan untuk Junior Golfer bawah 18 tahun ye..



Selepas itu kami ke gelanggang badminton pula untuk acara seterusnya.Masih dengan team asal,dan perlu enam orang wakil dari setiap team untuk bermain badminton dengan hanya satu reket.Aje gila enam orang main satu reket,itu yang buat hapenning tu kalau nak tau,...riuh rendah dengan gelak tawa dan gelagat memasing yang mencuit hati..seronok sunggoh..



Bagi acara yang ketiga pula,kami di minta berkumpul di track gokart.Selepas di beri penerangan serba sikit dari penyelia di sana,kami dibenarkan mencuba gokart selama 10 minit setiap orang.Mulanya takut jugak nak mencuba,tapi tengok ramai jugak kawan-kawan yang mencuba,naik semangat nak cuba la jugak..dah cuba seronok la pulak..hahahaa..hilang semua takut tadi..




Selepas semua group selesai mencuba gokart tiba lah masa bergambar beramai-ramai sebelum kami semua di benarkan berehat,solat dan makan tengahari di Bayou Cafe.Menu yang di sediakan sedap-sedap belaka siap ada pencuci mulut,iaitu buah-buahan,bubur pulut hitam dan tapai pulut,pilih aje mana yang menepati selera.


Selesai makan dan berehat serta solat,kami meneruskan acara yang ke5,Paintball pula.Yang ini memang Kak Sue tak join,takut wei kena tembak,walaupun begitu tetap memberi sokongan kepada kawan-kawan yang lain.Seronok pulak tengok depa main..walaupun hujan sekejap tapi kawan-kawan tetap tak berganjak,semangat betul..


Sambil berehat dan memberi sokongan untuk kawan-kawan kita minum nie dulu..terima kasih Yeos Malaysia.. is sedapppp..!!
Akhir sekali,kami di arah ke dewan semula untuk upacara penutup.Sedikit ucapan dari pengasas KBBA Ben Ashaari serta acara penyerahan saguhati  juga dari KBBA dan juga cabutan bertuah dari para penaja.Hari nie jugak menjadi hari bertuah Kak Sue pertama kali menyertai BDO KBBA dan Kak Sue antara yang memenangi cabutan bertuah tersebut.Alahmdullilah..Seronoknyaaaaa..



Terima kasih kepada team AJK KBBA dan saudara Ben Ashaari kerana mengadakan Blogger Day Out KBBA yang sangat ohsem!!!Di harap masa akan datang Kak Sue berkesempatan menghadiri lagi acara sebegini.Bak kata JuJu..pecah rasa takut untuk berani mencuba!!Terima kasih jugak di ucapakan untuk semua pihak penaja di atas kesudian menaja hadiah-hadiah yang menarik serta lokasi bagi Blogger Day Out KBBA 2015.Antara para penajanya:

Kelab Komuniti Cyberjaya
www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview Cyberjaya
www.cyberview.com
Yeos Malaysia
www.yeos.com
Cosmoderm
www.cosmoderm.com
Crazycrunchy
www.crazycrunchy.com/pengedar
Natalia
www.natalia.com
Stam N Print Enterprise
www.stampnprint.blogspot.com


Terima kasih sekali lagi.Jumpa lagi di tahun hadapa,InsyaAllah.Blogger Day Out KBBA 2015 is Ohsemmmmm!!!



Post a Comment

0 Comments