~Ayam Goreng Berempah..~Style Kak Sue

Assalamualaikum semua,dah lunch ke belum?Pada ibu-ibu yang surirumah sepenuh masa ke,separuh masa ke.. mesti pening kepala kan memiki...




Assalamualaikum semua,dah lunch ke belum?Pada ibu-ibu yang surirumah sepenuh masa ke,separuh masa ke.. mesti pening kepala kan memikir apa menu tiap hari nak masak...Sama la Kak Sue nie pun,kadang memalam sebelum tidoq,dah mikir apa nak masak esok.Terus pergi jenjalan kat blog-blog masakan.Kalau kebetulan benda dah ada kat rumah,boleh terus buat esoknya.Yang payah nya benda tak ada,masak la apa yang ada je..Hari nie Kak Sue masak simple je.Tanya Hencik suami dia kata goreng ayam pun sedap..apa lagi,teruih kuar kat kepala nak buat Ayam Goreng Berempah.Jom le kita tengok resepi nya, ala Kak Sue gitu ye..ehehehe

Ayam Goreng Berempah
Bahan2nya:
Separuh ekor ayam
3 batang serai
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar rempah kari ayam
1/2 camca besar kunyit
garam secukop rasa
daun kari

Cara2nya:
Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan serai tadi
Kemudian cuci bersih ayam tadi.(Sebelum tu Kak Sue rendam ayam dengan air beras dan tepung untuk menghilang hanyir ayam tu)dan toskan ayam yang dah di cuci tadi
Masukkan ayam dalam bekas lain,gaulkan dengan bahan yang telah di kisar
Masukkan jugak serbuk ketumbar,serbuk kari dan serbuk kunyit.Akhir sekali tambah garam.Kemudian perapkan ayam selama 20 minit.
Kemudian boleh la di goreng bersama daun kari.Ikut la nak garing macam mana.Family Kak Sue suka garing-garing.Dah angkat ayam tu toskan dulu,boleh la di hidang untuk makan tengahari ke malam ke..is suka hati lah hokay..Sekian dulu resepi mudah dan ringkas dari Kak Sue untuk hari ini.Selamat mencubaaa....Papai!!!


You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.