Asam Pedas

April 12, 2015


Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak share resepi lauk tengahari tadi yang Kak Sue masak dengan penuh kasih sayang gitu..pedaih terbako kata orang Perok.Resepi nie Kak Sue pepandai sendiri je,ikut tekak kita nak macam mana kan..nak pedaih ke,nak masam macam mana pandai-pandai le kita adjust ye.Okay jom tengok resepi Asam Pedas Untuk Hangpa...hihihi..

Asam Pedas
Bahannya:
2 ekor ikan sardin besar (potong dua)
4 sudu besar Cili Kisar
10 biji Cili padi
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga kantan
2 keping asam keping
Kacang bendi ikut nak banyak mana
belacan ikut selera memasing nak banyak mana
garam secukop rasa
*Sedikit halia dan daun kesum*

Caranya:a
Kisar cili padi,bawang besar,bawang putih,belacan dan sedikit halia
Kemudian panaskan mintak,tumiskan bahan yang telah di kisar tadi hingga naik bau
Lepas tu masukkan cili kisar,kacau n biarkan sehingga cili masak
Kemudian masukkan air,air nie ikut la nak pekat macam mana ye
Masukkan asam keping dan biarkan ia mendidih
Selepas dah mendidih masukkan ikan,bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian boleh la masukkan kacang bendi. (kalau rajin rebus asing dengan minyak dan garam,nampak segar je bendi tu)
Kemudian boleh la masukkan garam secukop rasa
Siap..boleh la di hidangkan...mudah je..


~Selamat mencuba ye kengkawan..Papai!!~




You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.