Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru Jom singgah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam semua. Smoga sentiasa dalam keadaan sihat, ceria dan berbahagia bersama family tersayang sambil meluangkan masa di hujung minggu nie ye. Malam nie Kak Sue nak bercerita pasal Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang pasti orang dah kenal dan cukup tau dah kan. Semalam Kak Sue berkesempatan join team #KelabbloggerBenAshaari bersantai dan berkenalan dengan ahli kelab ,sambil menjamu selera kat sana. Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dapat berkenalan dengan ahli kelab yang lain. Terima kasih pada KBBA dan pemilik Restoran Encik Abdul Halim dan isteri Roshidah Ahmad yang sudi menjemput kami makan-makan di Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru - Jom Singgah
Bercerita tentang Nasi lemak Antarabangsa Kampung Baru pula, ia dibuka setiap hari selama 18 jam dari 5.00 pm sehingga 12.00pm tengahari keesokkanya. Korang boleh lah datang bersarapan, makan malam atau petang bersama keluarga dan kawan-kawan. Tak kira lah pada hari minggu atau hari bekerja boleh aja datang sini ramai-ramai. Nak makan lewat malam pun boleh kat sini tau, sebab masa operasi tu panjang. Menu nasi lemak berlauknya ada berbagai pilihan lauk pauk yang disediakan, tinggal pilih aja mana yang berkenan kat tekak, ehehe! Semua sedap dan menyelerakan, antaranya ada Rendang Ayam, Sambal Sotong dan juga Soto serta Nasi Impit Kuah Kacang. Selain dari tu ada Otak-Otak dan Kuih Kochi juga. Kuih Kochi nie memang kesukaan Kak Sue, sedap sangat kuih Kochi kat sini terasa santan semua. Kak Sue siap tapau bawa balik lagi..




Untuk pilihan air pula,ada bermacam jenis air nak di minum,tapi kak Sue nak rasa air Kelapa VIP,kebetulan semalam Kak Sue sampai agak lewat,jadi tak dapat lah nak merasa Kelapa VIP yang sedap itu,dah sedap kan cepatlah abis..tapi tak apa next time pasti akan repeat lagi ke sini.Walaupun agak lewat sampai tapi Kak Sue nampak masih ramai pelanggan yang beratur untuk menjamu selera di restoran ini.Lokasinya juga mudah untuk kita cari dan datang.Masuk je kawasan Kampung Baru,belok masok ke pintu gerbang,terus je,lepas tu ambik sebelah kiri nanti nampak la Restoran Nasi lemak Antarabangsa tu ye.senang je cari,InsyaAllah jumpa nanti.Ini ha gambar kat bawah Kak Sue pinjam gambar blogger lain jap ye..Pasal parking pun jangan risau,dekat je  dan murah dengan bayaran lima hengget aje..


Pada kawan-kawan yang memang gemar dengan Nasi Lemak dan mencari kelainan menu yang pelbagai serta harga yang sangat berbaloi dan layanan mesra dari tuan punya restoran Encik Halim dan isteri serta pembantu mereka pasti tidak mengecewakan kawan-kawan semua.Tunggu apa lagi datang la beramai-ramai..Jom Singgah...Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru!!


Jumpa lagi...papai!




Post a Comment

6 Comments

  1. hmmm.. mmg nasi lemak antarabangsa menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu. kemudian macam syp jer. skrg dah ada balik.. so kena terjah la dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete
  2. bestnye kbba berkumpul mkn nasi lemak :)
    iena x dpt join sibuk kerja T_______T

    ReplyDelete
  3. owh pagi pun bukak? ingatkan malam je. bolehlah breakfast nnt. hihi!

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat tapau koci.... Tapi kueh koci dia mmg mabeles!!
    Nasi lemak sambal sotong pastu add kuah rendang ... Perghhh!! Sedap seyhh~

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat tapau koci.... Tapi kueh koci dia mmg mabeles!!
    Nasi lemak sambal sotong pastu add kuah rendang ... Perghhh!! Sedap seyhh~

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya dapat pergi.. oh my tummy hungry !!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️