Cara buat Cream & Choc Deco Cake

March 25, 2015

Assalamualaikum,Selamat malam semua..panasnya malam nie kan,berbahang je rasa,musim kemarau dah kut ye..seperti di janjikan kali nie Kak Sue nak share resepi bagaimana cara nak buat Chocolate Ganache dan Cream yang kita gunakan untuk deco cake..resepi nie kak Sue dapat dari Ms Tina yang Kak Sue beritahu di entry sebelum nie.Masing-masing punya cara dan resepi kan,resepi yang ini Kak Sue belajar dari Cikgu Kak Sue Ms Tina....Baiklah mari kita tengok resepinya..mudah aje..

~Chocolate Ganache~
Bahannya:
380 gram Heavy cream
400 gram Choc Button (Callebaut atau jenis lain pun boleh)

Caranya
Panaskan heavy cream dalam microwave selama 1 minit 30 saat,masukkan chocolate dan gaul rata
Simpan sejuk.
*kalau tak de microwave boleh la double boil*



~Cream Cheese Frosting~
Bahannya:
500 gram Creamcheese
250 gram butter
1 3/4 aising sugar (ayak)
1 sudu teh Vanila extract

Caranya:
Masukkan creamcheese dan butter putar sehingga sebati
Masukkan gula aising dan vanila extract,putar lagi sehingga sebati
Tak perlu putar terlalu lama
Simpan sejuk sebentar



~Chocolate Buttercream~
Bahannya:
250 gram buttercup
1/2 cawan serbuk koko(ayak)
1/2 cawang gula aising(ayak)

Caranya:
Putar  butter sehingga sedikit lembut dan masukkan serbuk koko dan aising sugar
Putar lagi sehingga sebati.Siap..



~Butterscotch Sauce~
Bahannya:
2oz butter
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan Heavy cream
1/2 sudu teh garam
1 1/2 vanila extract

Caranya:
Cairkan butter mengunakan api yang perlahan
Masukkan gula,cream dan garam,gaul sehingga sebati
Biarkan ia mendidih seketika selama 5 minit
Tutup api dapur dan masukkan vanila,gaul dan biarkan sejuk sebelum di gunakan..


*dah agak lama sikit bolehlah mula deco kek ye*

~Selamat Mencuba..papai..~



You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.