Puding Susu Longan

Assalamualaikum, selamat pagi semua kawan-kawan. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena hari guru hari nie Kak Sue nak ucapka...

Assalamualaikum, selamat pagi semua kawan-kawan. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena hari guru hari nie Kak Sue nak ucapkan selamat hari guru untuk guru di seluruh Malaysia, jasa guru semua akan tetap dikenang. Pagi nie Kak Sue nak kongsi resepi Puding Susu Longan. Sebenarnya resepi Puding Susu Longan nie Kak Sue dah ubah sikit dari resepi asal tau, tapi sikit aja. Jom kita tengok resepinya ya

Resepi Puding Susu Longan
Puding Susu Longan

Resepi Puding Susu Longan

Bahan-bahan :
10 gram Agar-agar serbuk
1 cawan Gula
1 liter Air (boleh di kurangkan kalau suka )
1 tin Susu Cair
1 tin Buah Longan

Cara-cara :
Masak agar-agar dan air hingga mendidih
Masukkan gula dan kacau hingga hancur
Masukkan air longan,sikit je..kemudian masukkan susu cair
Kacau dan bila mendidih sikit tutup api
Tuangkan ke dalam loyang,basahkan loyang dulu sebelum tuang adunan tu ya
Kemudian sejukkan dalam peti ais,dan hidangkan bersama buah longan tadi

Resepi Puding Susu Longan
Puding Susu Longan








You Might Also Like

4 ulasan

  1. Buah Longan ini bahasa inggrisnya apa ya? salam kenal dari blogger indon

    ReplyDelete
  2. Hmmm...cocok untuk menu berbuka puasa. puding Longan nan segar

    ReplyDelete
  3. As Salam..maaf lambat reply,saya tak pasti pulak..salam kenal..ya sangat Cocok utk berbuka..sila cuba ya.. :)

    ReplyDelete
  4. Longan tu english.buah mata kucing

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.