Agar-Agar Santan Pandan

April 07, 2013



Assalamualaikum..Selamat Pagi,lama tak up date blog saya yang tak seberapa nie..ehehe..apa habaq semua..moga semua sihat-sihat saja,dalam keadaan cuaca yang agak panas nie..kadang-kadang hujan jugak tapi rasa membahang,panas ja..dahaga ja,tapi saya memang elak minum ais takut berlawan kat dalam badan kang lain lak jadi nya..kena jaga kesihatan la no..okay la saya nak share resepi yang saya ambik dari blog kak Salami Simon kita..mohon ambik resepi dan share ya Kak..Tq ya..jom kita tengok resepi nya..

Agar-Agar Santan Pandan
Sumber Resepi: Salami Simon
Bahan2nya:
10 gram Agar-agar
3/4 cawan Gula pasir
1 biji Telur
1 helai Daun pandan~siat dan simpul
150ml Santan pekat~saya guna Santan Kara 1 kotak
600ml Air
setitik pewarna hijau
secubit garam

Cara2nya:
Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air
Masukkan daun pandan,pewarna hijau,gula pasir dan secubit garam
Kacau hingga agar-agar dan gula pasir larut
Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sehingga sebati
Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk
Kacau sebentar dan tutup api
Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yg di kehendaki
Biarkan agar-gar menjadi sejuk dan beku
Bolehlah di simpan dalam peti ais..makan sejuk-sejuk..wahhhh sedapnya..ehehe

Selamat Mencuba semua,papai!!



You Might Also Like

2 ulasan

  1. As'salam Shu..wahhh hijau mata hitam kak ct pagi ni tengok agar2 yummmm!

    ReplyDelete
  2. wasalam kak Ct..maaf la lambat reply,hahahaha..tq sudi singgah ye kak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.