Kek Lumut

March 13, 2013


Assalamualaikum,Selamat Petang semua..Jumpa lagi kita kali nie di Blog Kak Sue yang tak seberapa nie..harap semua ceria dan sihat-sihat aja di samping keluarga tersayang..Resepi yang Kak Sue nak kongsi kali nie adalah Kek Lumut..hijooo gitu..my pebret colour hokay..ehehehe..dah berapa hari nak buat,tapi penyakit M begitu menebal dalam diri nie aih..Resepi nie Kak Sue ambil dari kawan FB Kak Sue Noraslinda Bungal..TQ ya sharing resepi,Kak Sue mintak izin nak share di Blog Kak Sue pulak na..so mari kita tengok bahan-bahannya ya kawan-kawan..

Kek Lumut
Sumber Resepi: Noraslinda Bungal
Bahan2nya:
10 biji Telur Gred A
200 gram Mentega
3 cawan Tepung Naik Sendiri/Tepung Superfine
2 cawan Gula Kastor
1 cawan Horlicks
1 cawan Nestum (saya tak letak pon)
1 tin susu pekat(boleh kurangkan jika x suka manis)
1 s/t  Esen Vanila
Pewarna Hijau

Cara2nya:
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi
Kacau mentega di dalam bekasa lain dulu,kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi
Masukkan tepung yang telah di gaul bersama Horlick dan Nestum 9saya x gaul sekali pun)
Masukkan susu pekat,esen vanila dan pewarna hijau,pukul sebati
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak
Loyang size 8..atau kegemaran awak semua la no..ehehe




           Selamat mencuba ye kawan-kawan semua,Papai!!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.