Kuih Talam Suji |
Kuih Talam Suji
Bahan lapisan bawah :
1 1/2 cawan tepung Suji4 cawan Santan (Kak Sue pakai santan kotak KARA)
1 cawan Gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit Garam
sedikit pewarna kuning
Bahan lapisan bawah :
4 cawan Santan
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula merah
2 s/b Gula
2 s/b Tepung kastard
Cara- cara :
Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam periuk
Masakkan secara double boil di atas api yang perlahan sehingga nampak agak pekat adunannya
Masukkan dalam loyang dan ratakan.Kukus 15-20 minit
Selepas itu boleh la kita masukkan pula semua bahan bahagian lapisan atas
Seperti tadi masak secara double boil dia tas api yang sederhana sehingga nampak agak pekat
Kemudian boleh la di tuangkan ke atas lapisan bawah.Kukus lagi selama 20 minit
Kak Sue buka penutup kukusan dan biarkan selama 3 minit utk keringkan permukaan kuih
Sejukkan dan boleh la dipotong dan dihidangkan
~Selamat Mencuba~
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️