Melty Hershey's Chocolate

February 27, 2013

Assalamualaikum semua..harap semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping keluarga tersayang..Dalam beberapa hari nie cuaca agak tak menentu sekejap panas,sekejap hujan,pagi hingga tengahari panas terik,tiba petang hujan lebat pulak.Kadang-kadang pulak seharian hujan,saya paling risaukan kain baju,kalau sehari tak kering,jenuh laaahh,nak kena menyidai dalam rumah la plk,terutama baju sekolah anak-anak..penting tuu!!..ehehehe..dah melalut ke kain baju la pulok..Harap kita semua dapat menjaga kesihatan kita dan keluarga tersayang dalam keadaan cuaca tak menentu nie..kannn..

Okaylah sebelum saya melalut pasai lain pulak mari kita  tengok resepi apa hari nie saya nak kongsikan.MELTY HERSHEY'S hokay..ehehehe..Sebelum nie kecoh jugak pasai resepi nie kan,macam-macam versi ada.Saya macam biasa la ambik yang paling simple..ehehe..saya ambik dari kawan FB saya..Noraslinda Bugal,nampak sangat menarik dan mudah.TQ ya share resepi nie,saya kongsikan ya resepi nie kat sini.Jom la kita tengok bahan-bahannya ya..kalau tak dak kat rumah laju laju pegi beli..ehehe..

Sumber Resepi Dari:Norhaslinda Bugal
Bahan
Bahan A
250 ml UHT whpping cream(saya pakai Flavor Right)
250gram Cream Cheese
200ml Susu pekat Manis(kurangkan kalau tak suka manis)
Bahan B
Syrup Coklat jenama Hershey's(nak guna yg perisa strawberry,Nutella atau apa2 jenis fiiling pun boleh)
Biskut Marie atau Biskut Oreo
Bahan Hiasan
Gula2 M&M's.Coklat Chips,Kekacang,Cheddar Cheese(di sagat atau di parut)

Cara
Satukan semua bahan A,pukul sehingga pekat dan tidak berketul
*saya pukul whpping cream dulu hingga soft peak*
Cara Melapis
Ambil bekas dan sendukkan satu adunan cheese dan tuangkan ke dalam bekas
Susun/patahkan biskut Marie/Oreo
Picit syrup Hersey's dan ratakan
Taburkan Coklat Chips(saya tak letak pun..)
Ulang step2 di atas sehingga habis
Lapisan atas sekali,tuang adunan Cheese dan picit syrup Hersey's
Tabur Bahan Hiasan mengikut kreaktiviti masing2
Sejukkan beberapa jam sebelum di hidangkan





~Selamat mencuba~papai...

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.