Resepi Lagsagna

February 21, 2013

Assalamualaikum,Selamat pagi semua.Hari tu teringin nak makan Lasagna jadi pepagi dah mencari barang-barang nak buat Lasagna nie.Kali pertama mencuba kulitnya agak keras sebab terus masak ja,kali nie Kak Sue cuba resepi dari Blog CaHaya CiNta Ku.Terima kasih ya kongsi resepi,Kak Sue cuba resepi lagsana awak pula kali nie..Jom kita tengok resepinya

resepi lagsana

Resepi Lagsana

Sumber resepi:CaHaya CiNta Ku
Bahan-bahan :
200 gram Kepingan Lasagna (celur sat ja na)
400 garam daging cincang
1 botol Sos Preego
5 ulas bawang besar dan putih(di ptg dadu)
Cendawan butang~di tos air dan di ptg dadu(saya guna cendawan kering)
Serbuk Black Pepper dan Serbuk Oregano
Keju Mozerela
Keju Parmesan(saya tak letak pongg..)
Soso Cili 1 sudu besar(saya tak letak pong..)
Garam secukup rasa
*saya campurkan sikit cili benggala dan carrot sikit*

Bahan untuk Sos putih
2 s/b butter
2 s/bTepung Gandum
2 keping keju Cheddar(saya pakai keju cheesedale ja)
250ml Susu Segar
Garam secukup rasa

Cara membuat inti daging
Masukkan 4 sudu besar minyak masak
Tumiskan bawang yg kita cincang tadi hingga naik bau
Masukkan daging cincang,masak hingga bertukar warna
Kemudian tuangkan semua sos prego tadi
Gaul sebati,masukkan garam.serbuk oregano,cendawan,cili bengala,carrot dan serbuk pepper
Gaul lagi hingga sebati~siap!!ehehehe..

Cara buat sos putih
Cairkan butter
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum,gaul sebati..guna api kecik na..
Masukkan susu segar dan masukkan garam kacau sampai nampak likat
Tutup api..siap!!

resepi lagsana

Cara Melapis Lagsagna
Ambik loyang yang sesuai(saya pakai loyang 7')
Susun kepingan Lasagna tu sampai tutop semua bahagian loyang tu na
Lepas tu masukkan inti daging tadi,tuangkan sos putih,tutop semua inti daging tadi
Taburkan Cheese Parmesan dan Mozella tadi
Ulang balik cara yang sama,suka hati nak berapa lapis na
Tapi standart 3 layer ja bak kata tuan punya resepi nie na..
Akhir sekali mesti Sos Putih yang di taburkan Cheese,kl suka Cheese latak banyak-banyak..ehehe
Masukkan dalam oven,pastikan di pansakan dulu oven tu dengan suhu 180c(saya punya oven pakai 150c ja)bakar sampai keju tu agak-agak perang atau masak,dalam 30-40 minit,api atas bawah
Siap dah..






You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.