Kuah Rojak Buah Kak Sue

February 14, 2013

Assalamualaikum..Salam ceria semua..apa khabar kawan-kawan semua..harap semua sihat la ye dalam cuaca yang tak menentu nie kan..hari nie Saya nak kongsi resepi yang di ambik dari Cik Suami..punya la dok google resepi,pilih yang mana mudah dan sedap..last-last baik punya Cik Suami cakap..Abang tau buat..tapi Abang malas nak buat.Laaaa..banggggg... bak mai la resepi tuuu..miahahaha..dengan penuh semangat la mencuba resepi Kuah Rojak Man Java tu,nak tambah-tambah menu kat gerai depan rumah nie ha..ringkas dan cepat..jom kita tengok resepi nya ya..

resepi kuah rojak
Kuah Rojak Buah Kak Sue

Kuah Rojak Buah Kak Sue

Bahan2nya
1/2 Botol Kicap (Saya guna kicap kipas udang)
1/2 Botol Sos Cili(Saya guna Maggi punya)
1 Mangkuk Cili Kering
20 Biji Cili Padi
5 s/b Gula Pasir
4 s/b Gula Merah
6 s/b Tepung Jagung
30 gram Belacan

Cara2nya

Blenderkan cili kering,cili padi dan belacan hingga hancur
Campurkan semua bahan dan bahan yg di blender kecuali tepung jagung
Masak dengan api kecil sehingga mendidih
Setelah mendidih boleh masukkan tepung jagung dan serbuk perasa jika suka
Kacau dan biarkan sejuk

Selamat mencuba kawan-kawan..papai!!

You Might Also Like

4 ulasan

  1. salam ziarah sini..lama x buat kuah rojak ni..kalau buat sendiri mmg best kan..nk buat byk ke sikit sendiri blh ejas...nnti nk try resepi u ni..:-)

    http://25febry-chacha.blogspot.com/ -ni link blog baru kite ye..:-)-sury.

    ReplyDelete
  2. as salam..ha ah betui tu..saya pun first time buat nie..blh adjust nak pedas ke tak..ehehe..silakan.. :)

    ReplyDelete
  3. Kepakaran kami adalah menyediakan Sos Rojak Buah AIRYSS resepi turun temurun TANPA Belacan

    Kelebihan;
    >Guarantee 100% Produk Muslim,
    >Guarantee Kebersihannya,
    >Positive Feedback dari Customer,
    >Berpengalaman Berniaga Rojak Buah di Pasar Malam dengan Positive Feedback dari Customer serta tidak cukup tangan menyiapkan tempahan,
    >Pembuatan Kuah Rojak secara Handmade dari Rumah,
    >Pelbagai saiz isi kandungan di dalam bekas (350g/1kg/3kg & 5kg)
    >Menyediakan Penghantaran By Hand atau melalui Kurier seluruh Malaysia

    BERMINAT!!!!!!
    Hubungi : 016-3311865 / 010-6361335 (SHA)

    BLOG: http://airyssfood.blogspot.com/
    FACEBOOK: Kuah Rojak Airyss



    ReplyDelete
  4. Berminat untuk dapatkan Kuah rojak Mak Bee yg famous dari utara!!! layari http://madeinkedah.blogspot.com.

    >Produk Muslim
    >Telah lama berada dipasaran
    >Memang terbukti SEDAP

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.