Kek Coklat Moist Lagi

February 03, 2013


Assalamualaikum,Selamat Pagi Semua dan Selamat Berhujung Minggu..semalam merupakan Hari yg Istimewa untuk anak teruna Shu yg no2..Mohd Syazwan Fathi..Alhamdullilah dah 11 tahun anak Ibu..Ibu doakan moga Abang menjadi anak yang soleh,baik akhlaknya serta cemerlang dunia dan akhirat..rajin-rajin belajar dan mengaji ya nak ya..Ibu Sayang Abang sangat-sangat..

Bila tiba hari jadi orang tersayang mula lah memikir nak buat kek apa..(macam la pandai sangat no..ehehehe)anak-anak dan suami pulak..tak minat sangat kalau kek yg bercream nie..nie pun siap tanya Abang nak kek apa..Abang suka kek Coklat yang Ibu pernah buat tu..so mudahkan la sikit..dah la Ibu nie masih terkedek-kedek belajar buat kek..buat la Kek Coklat Moist..yang deco birthday boy..anak yang nie memang kreaktif sikit..sempena birtday dia..nahhh..Abang deco la Kek Abang nie..seronok dia..Jom kita resepi kek nie no..

Kek Coklat Moist Kukus
Sumber dari Nor Azua Zainal

Bahan A
1 cawan Minyak masak
1 cawan Susu cair
1 cawan Gula
3/4 Serbuk koko
*masak secara double boil bahan2 dia atas~ketepikan

Bahan B
11/2 cawan Tepung gandum
  1/2 cawan Susu Pekat
1 sudu kecil Soda bikabornat
1 sudu kecil Esen vanila
2 biji telur

Caranya
Masukkan semua bahan B tadi dalam mangkuk,gaul sebati
Kemudian bahan B di campurkan dengan bahan A..gaul rata hingga sebati dengan whisk
Dah sebati boleh la kukus dengan api perlahan selama 45 minit

~Mudahkan.. Selamat Mencuba ya~



You Might Also Like

2 ulasan

  1. selamat hari lahir untuk abang wan...semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.