Apam Polkadot

Assalamualaikum, dah lama dah  tak buat Apam Polkadot nie. Saja Kak Sue nak masukkan resepi untuk sesapa yang nak cari resepi nie. Masa mula-mula dulu memang gila kejap dok buat apam nie. Sampai buat jual kat Pasar Malam dan ambik tempahan. Sekarang pun kalau orang nak tempah masih terima lagi,tapi yang berdekatan kawasan rumah Kak Sue sahaja lah ya. Kalau nak buat sendiri pun boleh jom kita tengok resepi Apam Polkadot nie jom..


Apam Polkadot
Apam Polkadot

Apam Polkadot

Sumber resepi dari -  Dapur KakZu (tapi Kak Sue dah adjust sikit resepinya)

Bahan-bahan :
3 biji telur
2 cawan tpg gandum
1 cawan gula halus
1 cawan susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallete
1 sudu esen vanila
Perasa dan pewarna pilihan masing-masing
Filling ikut selera masing-masing

Cara-cara : 
Pukul gula,telur dan ovalette hingga kembang dan berkrim
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Panaskan periuk kukus dulu dengan api sederhana
Kukus selama 10 minit..

*setiap kali nak kukus apam lap kan tudung periuk kukus tu ye*

Selamat Mencuba



Post a Comment

0 Comments