Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batinnnn

Assalamualaikum,apa khabar semua.Macam mana persiapan raya?Kak Sue tinggal lagi sikit dah..hampir selesai..Pakaina anak-anak pun dah selesai.Tinggal sehari lagi kita berpuasa lepas tu dah nak raya,tak sabar dah rasa hati nak balik kampung.Tahun nie giliran balik ke rumah Mak Kak Sue di Batu Kurau,tempat yang di kenali durian nya.Kami akan bertolak selepas habis niaga hari nie,harap tak ada la kesesakan yang teruk.Lagi pun nak singgah ke rumah mentua sekejap,memang rutin kalau tak beraya pertama di rumah mentua tetap kena singgah sebab mentua nak kirim buah tangan  untuk keluarga di kampung.Macam-macam nak di kirimnya,moga raya taun nie lebih berkat dari sebelum nya dan agar kita dapat mengamalkan amalan di bulan puasa secara berterusan sepanjang hayat serta dapat meneruskan ziarah menziarahi saudara mara di hari raya.Dengan ini Kak Sue mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin..

Post a Comment

0 Comments