Pasar Ramadhan BTP


Assalamualaikum,diam tak diam dah lima hari kita berpuasa.Kak Sue ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua kawan-kawan yang sudi melawat blog yang tak seberapa ini.Moga tahun nie lebih baik dari tahun sebelum nya dan kita cuba mengisi masa lapang dengan benda-benda yang menambahkan pahala untuk kita..
Bulan puasa memang bulan yang paling sibuk untuk Kak Sue dan suami kerana tiap-tiap hari berniaga dan menyiapkan tempahan dari para peniaga dan pelanggan untuk Pati Kelapa Laut dan berniaga di Pasar Ramadhan..
Seawal pagi Abang Man dah membuat panggilan ke Pasar Borong untuk menempah isi kelapa laut yg di tempah dari Thailand melalui penghantaran dari lori-lori yang datang dari sana.Lepas tu pulak mengambil dan mengantar pada peniaga yang menempah.Dah selesai penghantaran semua,menyiapkan pula bahan-bahan untuk berniaga di Pasar Ramadhan pula.
Kami blender buah-buahan untuk air buah yang kami sediakan di gerai niaga kami.Di gerai kami juga ada menyediakan air Kelapa Laut panas.Hanya di bulan puasa aje kami menyedikan Kelapa Laut Panas nie,selalu nya lepas je solat asar bergerak le kami ke tapak niaga.
Maka bermula lah dengan rutin biasa kami,perlu siapkan bungkusan gula,bancuh air dan pastikan tapak niaga kemas dan bersih.Pick hour kami dalam pukul 5.30 petang,masa tu memang sibuk sangat,kalau handphone berbunyi memang tak dapat nak jawab la waktu tu sampai la nak berbuka..
kdg2 waktu berbuka pun masih ada yg dtg membeli..dah selesai berbuka cepat2 mengemas dan pasti tapak niaga juga berada dlm keadan kemas dan bersih dan terus cepat2 blk nak kejar sola
terawikh..nasib baik umah dekat je..ehehehe..begitu la rutine kami suami isteri setiap hari...di bulan Ramadhannn...

Post a Comment

0 Comments