Karamel Kek Pelangi

July 25, 2012


Assalamualaikum,Selamat Pagi semua selalu tak sempat aje nak meng upload gambar dan mengedit blog nie..dan seperti biasa jugak alasan nye busy memanjang mengalahkan bisnes besar-besar pulak so mari kita tengok resepi di bawah yang Kak Sue ambik dari Page Dapur KakZu kat FB.

~Karamel Kek~
Bahan2 nya:
Gula Hangus~2-4 sudu gula jadikan gula hangus,ratakan pada seluruh loyang

Bahagian Karamel(bahagian atas)
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
~kacau sebati dan perlahan

Lapisan kek A
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sudu teh baking powder
Cara2nya:
1. Putar telur,air minyak dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung yg di campur baking powder~gaul sebati
3. Biarkan sebentar

Merigue(B)
6 telur putih
70 gram gula kastor
1 sudu teh krim tar2
~pukul hingga kembang tak menitis ye~

~Campurkan A dan B kaedah kaup balik~gaul sebati

1.Masukkan karamel dalam loyang
2.Masukkan bancuhan kek yg telah di warnakan(sue bahagikan 3 @ 4 warna)
3.Masukkan bacuhan kek tu secara berselang seli
4.40minit pertama guna api bawah ye,dan 15 minit lagi api atas dan bawah
5.Bakar kek kaedah double boil~masukkan air dlm bekas lain sebelum masukkan loyang kek dlm bekas tu
6.Bakar pada suhu 150C~bergantung pada suhu oven masing2..

~Selamat mencuba,Papai...~


                                                     

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Sedapnya kek karamel...dah lama jugak Rahel tak buat kek ni...selamat berpuasa Shu..

    ReplyDelete
  2. ehehe..tgk biskut2 Rahel semua cantik2 dan pasti sedap..Selamat berpuasa juga..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.