Kek Coklat Mosit Kukus


Kek Coklat  Moist kukus adalah kek yg pertama Shu cuba buat..sebelum nie tak pernah dan tak tau macam mana nak buat Kek..sampai Mak pun bising kenapalah hang nie tak mau cuba buat kuih ka masak ka..sebab rasa macam tak minat nak buat yang renyah2 setakat masak aluk pauk utk makan dan kuih yg simple2 tu blh la..ntah mcm mana timbul pulak keinginan nak mencuba..maka pegi la intai blog sana sini nampak la resepi yg mudah..so mari kita tgk resepi nya...

bahannya:
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan minyak masak
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanila
1/2 sudu besar serbuk penaik

Caranya:
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan esen vanila,pukul lagi
Masukkan tpg,serbuk penaik,koko,gula dan minyak,pukul hingga sebati,guma senduk je
Masukkan susu sikit demi sedikit,kacau rata
Sapukan mentega pada dasar loyang dan kukus selama 1 jam

~Selamat mencuba~






Post a Comment

0 Comments