Resepi Kek Velvet Hawflakes

Assalamualaikum, hai semua. Hari nie Kak Sue nak kongsi Resepi Kek Velvet Hawflakes pula dengan korang. Memula tu ingatkan apa lah Hawflakes tu kan, rupa-rupanya asam yang bulat-bulat macam duit syiling tu korang. Jadi tak buang masa, jom lah kita tengok resepinya jom..


Resepi Kek Velvet Hawflakes

Bahan :
Bahan A
5 biji telur
220 gram tpg gandum
1 sudu besar ovellte
secubit garam
*semua di pukul sehingga kembang berkrim ye *

Bahan B
1 sudu teh baking powder
220 gram tpg gandum

Bahan C
150ml susu segar
100ml minyak masak

Caranya :
Masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A
Bahagikan bancuhan ke beberapa bahagian dan letak warna serta paste yang di sukai
Kukuk selapis demi lapis ya
Letak sesenduk adunan dan susun hawflakes dan kukus
Setiap lapis di kukus 7 hingag-10 minit
Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan
Lapisan terakhir kukus lebih lama iaitu 20-25 minit
Selamat mencuba

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️