Salam Ramadhan Kareem 2023

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue baru ada berkesempatan nak ucapkan Salam Ramadhan Kareem 2023 untuk korang semua kat sini. Semoga tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik untuk kita semua. Kak Sue memang teruja dan ternanti-nanti sangat bulan yang satu nie. Memang seronok sangat bila berada dalam bulan yang mulia dan penuh barokah nie..

Salam Ramadhan Kareem 2023
Salam Ramadhan Kareem 2023


Salam Ramadhan Al Kareem 2023

Alhamdullilah, tahun nie kita dah sambut Ramadhan macam sebelum datangnya PKP dalam dua, tiga tahun nie kan. Kita dah boleh keluar, berniaga dan berjemaah kat masjid macam biasa dah. Dah tak payah nak scan suhu, guna sanitizer atau pakai masak dah. Tak ada dah penjarakkan fizikal..

Tahun nie juga kami berniaga kat Pasar Ramadhan dan masih membekalkan Pati Kelapa Laut, Jus Kedondong Asam Boi dan Pati Durian Belanda macam biasa dah. Sebenarnya, memula kami tak plan pun nak niaga kat Pasar Ramadha, sebab tak cukup kaki tangan. Tapi tetiba Abang anak nombor dua Kak Sue bagi tau Abang Man beliau nak berniaga tahun nie dan ada kawan yang akan bantu nanti.

Jadinya Abang Man dan Kak Sue pun berilah sokongan bila anak dah berniat nak berjinak berniaga macam kami nie kan. Cuma memang awal-awal dah bagi tau pada Abang, berniaga Pasar Ramadhan nie memang penat sikit, masa tu macam ketat ditambahkan lagi dalam bulan puasa. Tapi yang seronoknya kalau ada rezeki memang boleh dapat bonus besar bila berniaga kat Pasar Ramadhan nie tau..

Alhamdullilah, diam tak diam dah seminggu lebih kita lalui Ramadhan, nampaknya Abang dapat urus urusan kat Pasar Ramadhan dengan baik dan teratur. Abang Man memang beri pelepasan sepenuhnya untuk Abang uruskan tempat niaga kali nie. Memang kena belajar dan urus sendiri dah sekarang nie. Nanti kalau Abang Man dah pencen memang semua nie nak turunkan pada anak-anak ja pun. Korang yang mana tinggal berdekatan kawasan rumah Kak Sue jemput lah datang singgah nanti ya..

Akhir sekali, Kak Sue sanga-sangat bersyukur dapat bertemu lagi Ramadhan kali nie. Semoga Allah sentiasa lapangkan masa kita semua untuk beramal lebih lagi, menghayati dan menjaga bulan yang mulia nie kan. Semoga kita juga dikurniakan rezeki bertemu malam istimewa.. iaitu malam Lailatul Qadar nanti. Aamiin Ya Rabb.. Jumpa lagi di entri yang lain, Salam Ramadhan Kareem untuk semua.. papai!


Post a Comment

7 Comments

  1. ramadhan kareem buat kak sue sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Ni mesti Kak Sue busy dgn gerai Ramadhan tu yg baru sempat update ye 😄 Semoga amal ibadah kita semua diterima pada bulan yg penuh barakah ni ameen YRA.

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan sis selamat berpuasa. ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak sue.. semoga rezeki kak sue sekeluarga melimpah ruah hendaknya.. amin .. salam ramadan buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan., skjp je dh minggu kedua., hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️