Happy Anniversary Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun Kak Sue tetap nak buat satu entri khas untuk hari anniversary perkahwinan Kak Sue kat sini. Setiap tahun memang ternanti-nanti tarikh istimewa dalam hidup Kak Sue. Happy Anniversary Sayangku.. terima kasih untuk 24 tahun berkongsi hidup dengan rasa yang sama kita rasa..

Happy Anniversary Sayangku
Happy Anniversary Sayangku

Happy Anniversary Sayangku

Kisah hidup alam berumahtangga Kak Sue masih sama aja macam tahun-tahun lepas. Rutin yang biasa setiap hari, ujian dan emosi yang kadang datang dan pergi. Cuma setiap dari tindakan yang bakal kami buat, sekarang nie lebih kepada bertenang dan berlapang dada. Ya lah umur pun dah masuk remaja purba dah kan.. hehehe..

Happy Anniversary Sayangku
Happy Anniversary Sayangku

Walaupun tak dinafikan, kalau datang bab anak-anak nie.. emosi cepat sikit terganggu dan goyah. Tapi tetap mengharapkan supaya hati lebih redha seikhlasnya dan bertenang sebolehnya. Dalam masih keadaan gembira Kak Sue sambut annivesary perkahwinan kami, empat tahun dulu Allah beri ujian pada kami sekeluarga. Ujian yang sangat-sangat meremukkan jiwa dan hati Kak Sue sekeluarga. Rasa sakitnya tu masih terasa sampai ke hari ini..

Setiap kali bila tiba tarikh anniversary perkahwinan Kak Sue akan bermacam rasa dalam satu masa. Gembira, geram, sedih dan trauma.. sangat tak best rasa yang datang nie tau. Tapi.. ya lah, hidup mesti diteruskan ye dak. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Kak Sue sedar dan tahu dalam ujian berat untuk keluarga kami nie, banyak hikmah yang Allah kurniakan untuk kami sebenarnya. Cumanya susah betul Kak Sue nak padam terus dari ingatan..

Happy Anniversary Sayangku
Happy Anniversary Sayangku

Tahun nie pun tak ada sambutan istimewa, hanya ucapan untuk suami tersayang. Adalah beli Hokkaido Cheese Tart sebagai ganti kek untuk annivesary kami, jadi lah tu kan buat makan-makan kat rumah. Belum plan nak kemana-mana berdua atau bersama keluarga. Hadiah macam tahun lepas juga masih memikir-mikir lagi yang sesuai untuk kesayangan hati Kak Sue tu.

Nanti kalau tetiba Abang Man nak beli apa-apa, Kak Sue belanja lah macam hari lahir Abang Man hari tu. Baru lah surprised sikit kan, tengok-tengok eh ada orang dah bayarkan.. haa gitew. Apapun, sekali lagi tahun ini, simpan lagi satu cerita anniversary kami kat sini untuk kenangan. Terima kasih sekali lagi Sayangku.. selalu terima isterimu ini seadanya, sabar selalu, sayang selalu, ambil berat selalu dan tegur selalu untuk isterimu ini dan anak-anak kita tanpa jemu ya..

Happy Anniversary Sayangku
Happy Anniversary Sayangku

Doa Kak Sue selalu untuk Abang Man dan anak-anak kami, semoga kasih sayang dan bahagia cara kami sekeluarga kekal sampai syurga Allah. Semoga Kak Sue dan keluarga tersayang juga kita semua menjadi keluarga yang diredhai Allah, keluarga yang sakinah mawardah.. Aamiin Ya Rabb.. Ya Mujib.. Happy Annivesary My Love.. 🤍

Korang juga boleh baca Anniversarry Kak Sue 2021

Post a Comment

11 Comments

  1. hepi anniversary to both of you... semoga sentiasa bahagia hinggah ke jannah :)

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary kak sue dan abg man

    ReplyDelete
  3. happy anniversary k sue
    alhamdulillah
    ❤️❤️

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam.
    Moga terus berkasih sayang hingga ke syurga. Amin.

    ReplyDelete
  6. selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24...moga terus bahagia hingga ke Jannah...anak-anak pun sudah semakin membesar dan kita juga semakin menua..realti

    ReplyDelete
  7. happy belated anniversary Kaksue dan husband...smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  8. heppi belated anniversary 🎉🎉

    ReplyDelete
  9. wahhhh happy anniversary kak sue! moga sihat ceria bahagia selalu :)

    ReplyDelete
  10. Happy belated anniversary...moga sampai syurga.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤