Deko Dapur Dengan Barang Ikea

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi idea Deko Dapur Dengan Barang Ikea pula dengan korang. Kak Sue nie tak ada lah pandai sangat bab mendeko nie, tapi saja lah nak kongsi deko dapur dengan barang Ikea kat rumah Kak Sue nie dengan korang. Saja lah kan berkongsi minat dengan korang mana yang suka deko rumah juga, bila rumah cantik, kemas dan bersih rasa seronok dan puashati kan..

Deko Dapur Dengan Barang Ikea
Deko Dapur Dengan Barang Ikea

Deko Dapur Dengan Barang Ikea

Sebelum Kak Sue nak kongsi tentang deko dapur dengan barang Ikea kat rumah Kak Sue nie.. sebenarnya kan kalau ada yang perasan, konsep deko kat rumah Kak Sue nie semuanya ringkas dan minimalist aja pun. Kak Sue tak suka rumah nampak serabut atau terlalu sesak dengan barang dan berwarna warni sangat. Suka warna putih atau yang warna yang lembut aja..

Deko Dapur Dengan Barang Ikea
Deko Dapur Dengan Barang Ikea - kabinet Knoxhut

Tapi tu lah kan, bab mendeko nie memang kena ikut citarasa masing-masing lah juga kan. Setengah orang mumgkin memang suka berwarna warni, setengah tu pula memang suka dengan warna hitam dan macam-macam warna lain dan konsep lain lagi lah. Semuanya sebenarnya terpulang lah pada keselesaan dan citarasa masing-masing. Lagi pun kita yang buat dia kan, jadi ikut je yang mana asalkan kita rasa suka dan selesa.. on je lah kan..

Seterusnya.. untuk deko dapur dengan barang Ikea kat rumah Kak Sue nie, macam biasa Kak Sue masih memilih warna putih macam ruang lain juga. Dan sebelum hari raya tahun lepas, Kak Sue ada tambah kabinet dapur Knoxhut dan rak Billy dari Ikea. Punya jenuh lah juga nak tunggu ada stok Billy kat Ikea nie tau. Siap berulang alik berapa kali juga lah ke Ikea. Agaknya penangan genga deko-deko rumah kat Instagram agaknya. Sampai saya pun dah naik lempoh menunggu hokay.. hehehe..

Deko Dapur Dengan Barang Ikea
Deko Dapur Dengan Barang Ikea - Rak Billy

Kabinet dapur Knoxhut Ikea yang Kak Sue beli tu, Kak Sue letak disebelah dinding kanan dan buat tempat simpan pinggan mangkuk, memandang kan kabinet dapur yang ada sinki sedia ada tak ada rak dalam dia. Bila susun pinggan mangkuk atau barang lain rasa macam serabut dan tak kemas. Sakit mata pula bila tengok keadaan macam tu, jadinya Kak Sue tambah lah kabinet Knoxhut Ikea tu khas untuk simpan pinggan mangkuk.

Untuk rak Billy pula, Kak Sue letak bahagian sebelah kiri dapur dan buat tempat khas untuk susun rempah ratus dan stok makanan. Nampak lebih kemas dan teratur lah sikit kan. Ya lah dapur rumah Kak Sue nie memang berkonsep terbuka. Kalau dapur tu tak kemas memang terus boleh nampak lah dari ruang tamu. Jadinya bila ada Knoxhut dan Billy dari Ikea nie, nampak lebih kemas dan teratur dapur Kak Sue. Sedap lah sikit mata memandang kan..

Deko Dapur Dengan Barang Ikea
Deko Dapur Dengan Barang Ikea - dapur belum siap kemas

Cuma nanti mungkin akan tambah lagi satu barang deko dari Ikea lagi, kali nie untuk Island Bar kut. Abang Man memang dari dulu plan nak buat Island Bar nie kat dapur rumah kami. Tapi macam biasa, kena lah penuhkan tabung dulu lah kan. Nanti dah siap sepenuhnya deko dapur Kak Sue nie nanti, Kak Sue akan kongsi lagi kat sini lagi tau. Jumpa lagi di entri deko-deko dengan barang Ikea di rumah Kak Sue lain kali ya.. papai.. 

Korang juga boleh tengok deko-deko rumah Kak Sue yang lain kat sini juga Deko Rumah Dengan Barang Ikea


Post a Comment

12 Comments

  1. Sedapnya mata memandang Kak Sue. Duk lama kat dapur pun tak pe ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. cantik tu Kak Sue.
    suka kalau putih2 ni.
    barangan IKEA mmg suka.

    rumah i ni dah terlalu berserabut.
    ingat nak buat spring cleaning lah.
    jenuh mata tgk.

    ReplyDelete
  3. suka tengok dapuir kak sue tersusun dan cantik aje. nampak luas dan classy warna putih

    ReplyDelete
  4. wahh nmpk kemas dan bersih dapur makcik shu ni.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  5. cantik dapur kak sue..kmas..:)

    ReplyDelete
  6. Cantik dan kemas. Suka LeYa tengok Kak Sue mendeko

    ReplyDelete
  7. Perabut ikea memang banyak yang putih2 ek

    ReplyDelete
  8. Nampak kemas dan bersih. Wah.. Best tu ada island bar. Nanti share ye kak Sue

    ReplyDelete
  9. Suka tengok rumah kak sue semu kaler putih...SAa x leh la rumah kaler putih...confirm kepam lepas tu...sofa putih pun dah jahanam dikerjakan anak- anak buah...

    ReplyDelete
  10. suka tgk org deco2 dapur ngan brg ikea..tersusun cantik...kalau tgk kt IG mcm2 gmbr org share

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️