Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak pula dengan korang. Haa.. mesti ada ramai peminat Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini kan. Tapi.. nak bagi tau sesiap nie, Kak Sue masak menu kegemaran ramai ikut cara Kak Sue tau..

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Cara Kak Sue

Biasanya Kak Sue beli atau makan aja kat kedai, tapi kali nie Kak Sue saja nak cuba masak ikut resepi Ikan Patin Masak Tempoyak cara Kak Sue pula. Ya lah kalau nak ikutkan bebetul punya resepi dari Pahang memang tak masukkan bawang dan santan pun, tapi Kak Sue punya resepi nie saja lah Kak Sue memandai letak bawang besar dan santan..

InsyaAllah, lain kali rasa macam nak cuba masak resepi cara Pahang pula tanpa bawang besar dan santan. Nak juga rasa Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang dari air tangan sendiri kan. Selalu beli atau tapau aja dari kedai. Okay lah tak nak buang masa lagi jom kita tengok resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Cara Kak Sue jom..

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan :
2 ketul ikan Patin
1 biji bawang besar - dikisar
8 biji cili padi - dikisar
2 inci kunyit - dikisar
4 sudu besar tempoyak
1 kotak santan Kara
Sedikit daun kesum

Cara :
Masukkan semua bahan yang dah dikisar tadi
Masak bahan kisar sehingga mendidih
Kemudian masukkan santan dan tempoyak
Kacau bahan tadi sehingga sebati dan mendidih
Akhir sekali masukkan ikan patin dan daun kesum
Kacau lagi dan masak sehingga masak ikan patin tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Korang juga boleh cuba Sambal Tempoyak Udang Petai

Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnya kak sue.. lama tak pekena patin tempoyak.. saya tak penah masak sendirii. boleh la try nanti

    ReplyDelete
  2. sedap nya sue, feveret kami sekeluarga ni ikan patin hehe :)

    ReplyDelete
  3. Nikmatnya. PC punya tempoyak tertinggal kat kampung.. kalau tak dah boleh masak tempoyak ni.. terima kasih kak share resepi.

    ReplyDelete
  4. Color masak lemak ikan patin kak Sue ni macam masak lomak orang nogori

    ReplyDelete
  5. LeYa pun baru je lepas makan Ikan Patin Masak Tempoyak ni dari air tangan akak ipar... Memang favourite la ikan patin kan... hehe..

    ReplyDelete
  6. Aduh aduh... pekat likat ni.....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤