Resepi Telur Hancur Pedas

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Telur Hancur Pedas pula dengan korang. Dan.. Resepi Telur Hancur Pedas nie senang sangat- sangat korang, bahan pun semua memang dah ada kat dapur rumah kita dah biasanya. Saja lah Kak Sue kongsi kat sini, mana tau ada yang nak cuba kan..

Resepi Telur Hancur Pedas
Resepi Telur Hancur Pedas


Resepi Telur Hancur Pedas

Resepi Telur Hancur Pedas nie sebenarnya Kakak anak dara Kak Sue yang cuba masak sebenarnya. Bila cuba masak hari tu, Abang Man suka sangat rupanya. Jangan tak tau, Abang Man memang suka sangat lah kalau masak lauk ringkas dan mudah macam nie, tambah bahannya dari telur pula. Memang kesukaan Abang Man lah sangat. Hari-hari pun tak apa katanya.. Jom lah kita tengok resepinya jom..

Telur Hancur Pedas

Bahan :
4 biji telur
2 tangkai cili besar - ditumbuk
6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
Sedikit garam

Cara :
Pukul telur tadi hingga kembang dan masukkan sedikit garam
Panaskan kuali, masukkan pula adunan telur tadi
Goreng telur sehingga garing, angkat dan toskan
Kemudian tumbuk telur yang digoreng tadi, ketepikan
Panaskan kuali, tumis bahan yang ditumbuk tadi pula
Kemudian masukkan telur yang ditumbuk tadi
Kacau sekejap biar bergaul dengan bahan tumis tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba resepi lain kat entri nie Resepi Sup Kentang Telur

Post a Comment

3 Comments

  1. telur juga menu atau lauk kegemaran saya...hari-hari juga tidak jemu

    ReplyDelete
  2. wow sedapnya makan dgn soti pun boleh ni

    ReplyDelete
  3. Kalau ada rasa pedas, tak muak nak makan selalu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤