Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi  atas permintaan ramai. Biasanya bila hu...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi atas permintaan ramai. Biasanya bila hujung tahun macam nie bila ada menu istimewa Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop nie Kak Sue memang takan lepaskan peluang makan kat sini. Suka sangat rasa yang lemak-lemak dengan bau daun kari tu.. layan sangat.. 

Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi
Grilled Butter Chicken


Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi

Baru-baru nie The Chicken Rice Shop (TCRS) telah mengumumkam pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa nie tersedia sehingga 17 Januari 2021 nanti. Haa.. sempat lagi tau kalau korang nak rasa atau nak cuba Grilled Butter Chicken nie hokay..

Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi
Grilled Butter Chicken

Sebagai salah satu hidangan yang paling ditunggu-tunggu di TCRS, menu istimewa nie dah tentu jadi kesukaan ramai lagi-lagilah bagi korang yang nak menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati korang semua.

Kata June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd Grilled Butter Chicken nie adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersefia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi
Grilled Butter Chicken

Kata beliau lagi mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berualang kali dengan Grilled Butter Chicken.

Seterusnya menurut beliau lagi, TCRS akan terus berusaha untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti. Itulah sebabnya menu nie menjadi pilihan ramau sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan.

Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi
Grilled Butter Chicken 


Selain dari tu TCRS berpegang teguh pada slogan mereka 'Chicken Rice.. and More' dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa pelanggan denganenghasilkan menu citarasa tempatan seperi hidangan akhir tahun ini.

Haa.. korang yang belum cuba lagi Grilled Butter Chicken nie harus kena cuba tau. Untuk satu set tu ada nasi, sup dan ada sayur pak choy. Kalau korang nak add on menu lain pun boleh juga. Memang mengenyangkan dan berbaloi sangat. Macam biasa untuk lebih detail Kak Sue kongsi kat bawah nie nanti ya.. selamat menjamu selera korang.. papai!

Grilled Butter Chicken Dari The Chicken Rice Shop Kembali Lagi

The Chicken Rice Shop

Website | Facebook | Instagram


You Might Also Like

3 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.