Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero pula. Haa.. Kak Su...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero pula. Haa.. Kak Sue tau mesti ada antara korang nie pengemar pasta juga kan. Sama macam anak-anak Kak Sue kat rumah nie. Sebab tu, untuk mudahkan kerja korang Kak Sue nak bagi idea lima cara memasak pasta organik daripada Alce Nero nie lah. Sesekali tukar masakan barat kat dapur kita apa salahnya kan. Tak lah jemu..

Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero

Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero

Sebelum Kak Sue nak kongsi dengan korang lima cara memasak pasta organik daripada Alce Nero nie Kak Sue nak sembang santai dan nak kongsi sikit tentang jenama Alce Nero nie. Masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu ramai yang sedar bakat terpendam korang dalam bidang masak memasak nie kan. 

Seronok bila dapat masak sendiri hidangan yang sihat, sedap dan tak perlu belanja besar. Sekarang nie kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pula, jadi korang masih boleh terus tingkatkan lagi skill memasak korang. Ya lah, rasanya masih ada yang belum mula bekerja dan anak-anak ke sekolah boleh lah kita bekalkan masakan dari rumah kan.

Alce Nero nie jenama organik termuka Itali tau korang. Diasaskan pada tahun 1970an bila dua koperasi peladang muda Itali ambil keputusan nak melopori revolusi organik dengan hasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dan penyelidikan termaju kesihatn dan alam sekitar. Teknik mereka pun berubah, tapi jaminan kualiti masih berasaskan semangat asal Alve Nero iaitu kecintaan pada makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik. Bagus kan.. 

Sekarang nie kan, Alce Nero adalah jenama organik No. 1 di Itali dan terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan mereka menerapkan prinsip sepanjang proses penghasilan dan asal usul produk makanan secara terperinci. Jadi mereka dapat menjamjn produk mereka asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja kita. Selain tu pengiktirafan organik Alce Nero telah lalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Menarik kan..

Okay lah tak nak buang masa lagi jom Kak Sue nak kongsi dengan korang lima cara memasak pasta organik daripada Alce Nero nie jom.

1. Spagetti Carbonara

Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Resepi pertama nie apa kata kita beralih daripada pasta berasakan tomato dan cuba karbonara tanpa krim nie. Korang hanya perlu ada pasta Alce Nero, telur, keju,cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tapi kalau korang tak ada dendeng tu boleh aja ganti dengan daging lembu atau ayam cincang. Dan kalau tak ada keju parmesan boleh ja guna keju mozzarella, cheddar atau krim.

Korang hanya perlu 30 minit ja nak siapkan hidangan karbonara nie untuk empat orang. 

2. Marcaroni Chicken Soup

Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Menu nie kedua nie ada sup ayam, yang memang sesuai dimakan dalam fasa PKPP nie memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang sedap adalah hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Korang boleh tambahkan makaroni organik Alce Nero nie dalam sup dan boleh tingkatkan selera dan baik untuk kesihatan anak-anak dan kita sendiri. Kalau sup nie harus minta tambah kan, sebab biasanya sup bangkitkan selera makan.

3. Cheesy Baked Penne With Eggplant


Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Menu yang nie pula hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk sediakan makan malam yang  menarik nie. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau jenis sayur lain yang korang ada) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar dan tambahkan lebih keju lagi dalam tu. Kemudian bakar 20minit atau sehingga keju cair. Siap dah! Senang dan sedap..

4. Spicy Fusili With Vegetable


Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Menu seterusnya Fusili goreng kilas berasaskan tomato nie adalah hidangan tepat bagi vegetarian atau kalau korang nak sesuatu ringkas dan segera. Korang mesti dapat manfaat sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang sihat dan bangkitkan selera ini. Sesuai dimasak untuk sebarang sayur dan untuk lebih menarik korang boleh pilih sayur dengan pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.

5. Tuna Pasta Salad


Lima Cara Memasak Pasta Organik Daripada Alce Nero
Menu terakhir nie sesuai untuk korang yang nak keluar bersiar-siar dengan keluarga semasa PKPP nie dengan membawa bekal salad yang dimasak dirumah untuk berpiknik. Salad pasta tuna nie menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan berkhasiat dengan campuran tekstur ranggup dan halus. Senang nak disediakan dan sedap dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.

Haa.. menarik kan semua menu yang kita boleh cuba masak dengan menggunakan pasta organik dari Alce Nero nie. Untuk resepi atau lebih detail tentang Alce Nero nie macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya. Selamat memasak korang.. papai!

Alce Nero Malaysia

Resepi

Facebook

Instagram


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Macam-macam boleh masakkan kak Sue.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sangat menggemari pasta.

    ReplyDelete
  2. Western food ni rasa dia memang sedap! Cara menghidang pun menarik! Renung dulu lama-lama, lepas tu baru jamah...ahaks!

    ReplyDelete
  3. wahhh sue sedap-sedap menu dengan pasta ni :)

    ReplyDelete
  4. Senang je resepi pasta ni. Sedap pasta alce nero. Ena suka masak sgt lembut dan cepat masak ank siap makan kosong dgn kicap je

    ReplyDelete
  5. macam sedappp je,bleh try ni sue dah la peminat pasta.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.