The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu tempat menarik The Lanai Event Space sesuai untuk sebarang majlis dengan...

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu tempat menarik The Lanai Event Space sesuai untuk sebarang majlis dengan korang. Yang tengah plan atau mencari tempat untuk bertunang, akad nikah, aqiqah dan lain-lain lagi The Lanai Event Space nie memang sesuai sangat tau. Dengan tema ala taman bunga dengan deko yang menarik memang nampak mewah dan cantik sangat, memang berbaloi dan puashati kalau korang buat majlis kat sini..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis

Sebelum Kak Sue nak sambung bercerita dengan korang tentang The Lanai Event Space nie, tempat nie terletak di lot kedai seksyen 23 Shah Alam tau korang. Kira kalau duduk area Shah Alam atau yang berdekatan situ memang elok sangat dah lah kan. Dekat dengan rumah senang nak jemput keluarga dan kawan-kawan..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
Dengan konsep taman Botanical.. dewan The Lanai Event Space nie dari meja makan, dinding sampailah ke syiling semuanya dideko dengan cantik dan menarik. Ditambah lagi dengan gabungan warna putih, hijau, hitam dan keemasan menambahkan lagi gaya yang mewah dalam dewan. Memang menarik.. Kak Sue suka sangat tau. Tenang dan sejuk mata memandang..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
Selain tu korang, bukan sahaja The Lanai Event Space nie nampak eksklusif dan mewah aja, ada kemudahan lain yang disediakan iaitu 'aircond', PA system, set kerusi chivari dengan meja yang dialas linen dengan deko meja yang mewah dengan konsep romantik garden gitu. Paling penting kat sini ada surau dan toilet juga tau, parking pun senang kat luar permis nie ja pun dan dekat dengan jalan utama juga. Korang boleh waze aja hokay, sekejapan dah sampai sini..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
Untuk info korang juga, setting untuk majlis boleh aja ikut permintaan korang sama ada nak buat buffet atau banquet. The Lanai Event Space nie boleh muatkan sehingga 400 tetamu dengan tempahan buffet dan 160 pax untuk tempahan banquet. Sama juga untuk susunan meja, bergantung pada majlis yang korang plan nak buat. Kira ikut banyak mana tetamu dan permintaan susunan meja ikut yang korang nak macam mana lah.. depa tinggal siapkan ja.. Dont worry hokay..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
Ada beberapa pakej majlis yang ada disediakan di The Lanai Event Space nie antaranya dari serendah RM6,500 untuk majlis sambutan hari jadi dengan minimum 100 orang, pakej Aqiqah RM9, 750 untuk minimum 150 orang tetamu, pakej Akad Nikah dan bertunang pula pada harga RM10,000 untuk 200 tetamu dan juga tawaran yang lain lagi. Haa.. menarik kan, berbaloi sangat semua dah disediakan untuk kita, tuan rumah tinggal layan tetamu aja. Tak ada lah penat kan, semua nak buat..

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space
Haa.. macam mana korang, menarik kan tempat dan tawaran pakej yang ada kat The Lanai Space Event nie. Korang kalau berminat nak tau lebih detail lagi macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Terima kasih The Lanai Event Space sudi jemput Kak Sue dan kawan blogger yang lain untuk launching day hari tu ya. Lain kali boleh lah jemput kami lagi memeriahkan majlis.. papai!

The Lanai Event Space Sesuai Untuk Sebarang Majlis
The Lanai Event Space

The Lanai Event Space

Website

Facebook

Instagram

Email
sale@greatcreation.com.my


You Might Also Like

7 ulasan

  1. Assalamualaikum sis Shuhaida Kabdy, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  2. beberapa minggu lepas saya pegi kenduri kat sini kak.. mmg cantik sgt tempat dia

    ReplyDelete
  3. Lawa sangat tempatnya.. Mewah.. Kalau jumpa jodoh orang sana blh la bt kat situ hehe

    ReplyDelete
  4. Memang cantikla tengok temlat dia. Sesuai buat birthday larty semua ni. lampu dia lawa

    ReplyDelete
  5. Tempat ni cantik and sesuai untuk wedding and also event juga

    ReplyDelete
  6. Cantik dna luas tempatnya kak. Memnag sesuai buat apa apa majlis kat sini kan.

    ReplyDelete
  7. Cantik dekorasi dia kak. Rasa mcm dlm taman pun ada. Tenang je.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.