Ujian Kita Tak Sama

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama pula Kak Sue tak sembang dengan korang kat sini kan. Kali nie nak sembang santai-santai aja lah dulu. Bukan apa, sejak akhir-akhir nie macam-macam berita sedih Kak Sue baca kat media sosial. Kadang tak terbayang kesedihan mereka yang diuji. Walaupun Ujian Kita Tak Sama tapi kesedihan tu terasa sangat bila dengar atau baca berita sedih. Semoga Allah kuatkan dan tabahkan hati kita semua dalam setiap ujian..

Ujian Kita Tak Sama
Ujian Kita Tak Sama

Ujian Kita Tak Sama

Kadang sampai takut nak baca berita kat media sosial. Macam-macam cerita yang buat hati kita jadi sedih sampai kadang memang akan tercuit emosi berhari-hari. Walau ujian kita semua tak sama antara satu sama lain tapi kita paham kesedihan dan trauma nya hati mereka-mereka yang di uji nie.

Kak Sue pun pernah diuji kehilangan orang yang Kak Sue sayang, pernah diuji dengan hampir kehilangan anak.. tau dan faham perasaan betapa perit dan sedih nak hadapi semua nie. Sampai tahap tak boleh dah lepas tu kalau anak-anak hilang dari padangan jadi gelabah gila. Sampai kan Abang Man bawa Kak Sue kaunseling dengan rawatan Islam supaya Kak Sue lebih tenang dan redha dengan ikhlas..

Sebab tu Kak Sue faham sangat kesedihan orang-orang yang diuji nie.. walaupun sebenarnya ujian kita tak sama. Ada yang kehilangan Mak sama macam Kak Sue, kehilangan Abah, Ayah.. anak, adik beradik atau suami. Tambah pula kalau secara mengejut kan, memang ambik masa nak hilangkan kesedihan.. peritnya hati kita Allah sahaja lah yang tau dan faham..

Kak Sue diuji berat masa tahun 2018, belum hilang sedih dan trauma ujian yang pertama, tiba-tiba diuji pula kehilangan Mak tersayang. Daripada demam biasa tetiba Mak pergi selamanya. Rasa macam tak mampu dah rasanya masa tu.. tapi Allah tu Maha Tahu, Maha Pengasih dan Penyanyang. Allah takan uji seandainya kita tak mampu..

Bila buat rawatan hari tu, salah satu nasihat dari Abang Rosli yang buat rawatan untuk Kak Sue ialah anggap apa yang dah jadi dalam hidup kita sebagai ujian. Sebab setiap ujian yang Allah bagi pada kita pasti ada hikmah disebaliknya.. supaya kita sentiasa ingatkan diri, musahabah diri kita. InsyaAllah kita lebih tenang dan redha..

Kak Sue pun sekarang masih pujuk, rawat dan didik hati supaya lebih ikhlas dan redha terima ketentuan Allah. Bukan senang rupanya nak betul-betul ikhlas dan redha nie, cakap dengan nak buat memang tak mudah. Setiap rancangan dari Allah nie tak pernah silap, memang dah ditentukan sejak azali kan..

Walau ujian kita tak sama Kak Sue harap kita semua dapat lah hormati dan paham perasaan orang yang diuji dan kehilangan nie. Jangan lah kita menambahkan lagi duka dihati. Kalau tak ada benda yang baik nak cakap.. rasanya lebih baik kita diam ja lah kan. Sampai sini dulu korang.. papai!

Post a Comment

8 Comments

  1. waalaikumussalam. semoga kita masih tetap mengingati Allah disebalik ujian ini. aamiin

    ReplyDelete
  2. Betul tu Akak, Setiap orang ujiannya memang tak sama, semuanya telah tertulis sejak azali lagi, Akak kira beruntung dapat merasa kasih sayang emak tu lama, sy hingga umur 18 tahun shj, tak puas rasanya... sebab masa tu zaman kita membesar bukan pikir sangat pasal keluarga.. asyik dengan duniawi... Allah mengajar segalanya.. lebih berdikari dan lebih tumpuan pada keluarga.

    ReplyDelete
  3. betul kak.. kita senang pun ujian, kita susah pun ujian.. tapi macamana kita nak handle ujian tu kan.. hee~ lama tak singgah blog akak..

    ReplyDelete
  4. Betul kak su...bukan senang nak redha...ujian demi ujian bertandang kan...

    ReplyDelete
  5. betul kak sue.. apa-apa pun ujian Allah tu tanda DIA sayang.. dah DIA tak uji kepada org yang tak mampu untuk menghadapinya.. semua akan melalui ujian yang kita sendiri tak tahu..

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak sue. Setiap daripada kita ujian berbeza beza. Cuma sebagai hambaNya kena terima ujian dengan redha

    ReplyDelete
  7. semoga kak sue terus kuat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️