Sanah Helwah Abang Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie diam tak diam anak lelaki sulung Kak Sue nie dah masuk umur 18 tahun dah kan, sekejap rasa masa berla...

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie diam tak diam anak lelaki sulung Kak Sue nie dah masuk umur 18 tahun dah kan, sekejap rasa masa berlalu.. Sanah Helwah Abang Sayang. Tahun nie buat sambutan awal sikit untuk Abang sebab nak raikan sekali hari lahir Mbah Lanang. Apapun semoga semuanya baik-baik dan dimudahkan semua urusan untuk Abang tahun nie dan tahun seterusnya ya nak..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Sambutan Hari Lahir Abang Yang Ke 18 Tahun

Macam yang Kak Sue bagi tau tadi kat atas, sambutan hari lahir Abang yang ke 18 tahun nie kami sekeluarga dan juga keluarga Abang Man di kampung diraikan sekali dengan sambutan hari lahir Mbah Lanang. Sebenarnya tak plan pun dari awal, sebab rasanya hari lahir Mbah bulan Januari. Dah alang nak buat sambutan hari lahir Mbah jadi buat sekali lah untuk Abang sekali, meriah sikit kan..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Dua tiga hari sebelum kami balik kampung untuk sambutan hari lahir berganda nie, Kak Sue dengan Abang Man dah sibuk carikan hadiah dan belikan kek untuk Abang dengan Mbah. Kali nie beli hadiah istimewa sikit untuk Abang, Ibu dan Abah siap kongsi duit tau belikan hadiah nie. Harap Abang suka lah ya.. sebab sebelum tu Ibu dah risik-risik sikit kat Abang dah..

Tiba malam sambutan tu, memang jadi kelam kabut sikit bila nak ambik gambar sebab dah lewat dari waktu yang kami susun. Ada majlis dan kenduri pula kat masjid, jadi Mbah balik lewat sikit. Kak Sue kalau libatkan orang tua nie malas nak susahkan sangat, asal dah siap semua, orang tua pun happy.. alhamdullilah. Tu yang tak ada gambar yang elok sangat.. tak apa lah jadi lah untuk kenangan..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Tahun lepas kami memang tak ada buat sambutan sangat pun sebab masih sedih dengan pemergian Tok Pah. Cuma ada buat kejutan sikit dan makan kat luar dengan kawan-kawan Abang. Saja lah kan nak bagi Abang seronok, bukan selalu pun Abang dapat izin nak bawa kawan-kawan join sekali makan-makan.. hehehe..

Tahun nie, alhamdullilah.. walau sederhana tapi meriah lah juga. Seronok dapat berkumpul dan makan-makan dengan keluarga mertua. Terima kasih sangat semua yang bertungkus lumus. Teringat juga dekat keluarga sendiri tapi apa kan daya adik beradik tak dapat nak join sebab esoknya ada kenduri sedara. Nanti lah plan lain untuk keluarga sendiri pula.

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang
Apapun.. doa Ibu masih sama setiap hari dan setiap tahun untuk Abang. Sekali lagi Ibu nak ucapkan Sanah Helwah Abang Sayang.. Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, kesihatan dan akhlak yang baik, rezeki yang murah dan berkat, cemerlang dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.. aamiin Ya Rabb.. We love you Abang..  be good hokay..

Baca sini juga sambutan hari lahir Abang 2019 Happy Birthday Abang

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Alhamdulillah.Sanah helwah abang dan untuk ayah mertua kak Sue juga.Diharap kedua-duanya sentiasa diberi kesihatan yang baik supaya boleh sentiasa beribadah kepadaNYA.aamiin.

    ReplyDelete
  2. Selamat Ulang Tahun Abang dan Mbah Lanang. Didoakan menjadi anak yg soleh, diberi kesihatan yang baik serta kejayaan dunia akhirat Insyaallah =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah syukur.. semoga umur sentiasa diberkati murah rezeki dan happy2 selalu =)

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah abang. Semoga jadi anak yang soleh dan jangan lupa jasa ibu dan ayah

    ReplyDelete
  5. happy borthday abang ensem dan mbah.. meriah sambutannya

    ReplyDelete
  6. Happy birthday. Semoga diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.