Cerita Kebun Mini Kami Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Cerita Kebun Mini Kami Lagi  kat sini. Lama dah tak kongsi pasal Kebun Mimi kami ni...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Cerita Kebun Mini Kami Lagi kat sini. Lama dah tak kongsi pasal Kebun Mimi kami nie kan, selalu asyik kongsi pasal pokok bunga ja. Yang terbaru sekarang nie Abang Man dah tanam pokok cili padi dan pokok kesum pula tau korang, teruja betul Kak Sue..

Cerita Kebun Mini Kami Lagi
Cerita Kebun Mini Kami Lagi

Cerita Kebun Mini Kami Lagi

Macam yang pernah Kak Sue kongsi sebelum nie, bahagian belakang rumah Kak Sue nie ada tanah lebih sikit. Jadi Abang Man dan Kak Sue gunakan untuk tanam sayur atau pokok buah kat Kebun Mini kami nie. Bukan apa untuk guna sendiri ja pun, senang kan kalau tetiba nak guna dah ada belakang rumah..

Cerita Kebun Mini Kami Lagi
Cerita Kebun Mini Kami Lagi - Pokok Cili Padi
Sebelum nie Abang Man ada tanam pokok buah kedondong, pokok buah jambu batu, pokok avacado, sayur bendi, cili padi dan serai. Tapi masa tu pokok lain semua okay ja hidup sihat dan segar, cuma yang luar pagar dan pokok cili padi tak berapa nak sihat. Selain tanah belakang rumah Kak Sue untuk mendobi dan sidai baju, luar pagar ada tanah lebih lagi tau korang.

Cerita Kebun Mini Kami Lagi
Cerita Kebun Mini Kami Lagi - Pokok Cili Padi
Cumanya Kak Sue memang malas nak keluar nak buka dan kunci pagar belakang tu. Yang rajin selalu Abang Man lah, menebas ka, bakar lalang kering ka selain tanam atau jirus pokok. Tanah yang luar pagar nie pun sama, jenis tanah liat memang kalau nak tanam apa-apa kena campur juga tanah lain..

Yang terbaru nie Abang Man tanam yang baru pokok cili padi semua dan dua pokok kesum. Pokok sayur bendi Abang Man dah tebang nanti nak tanam semula. Alhamdullilah, naik dah pokok cili padi ada yang dah berbuah sebiji dua. Kemahin seronok Kak Sue tau. Selalunya Kak Sue suka juga jirus dengan air basuhan beras sebab sambil masak tu boleh lah terus jirus kan.

Cerita Kebun Mini Kami Lagi
Cerita Kebun Mini Kami Lagi - Pokok Kesum
Hari tu ada lah letak biji tomato sebelah pokok cili padi, kalau ada rezeki hidup lah nanti. Memandangkan Kak Sue dengan Kakak memang pengemar buah tomato jadi kalau ada pokok sendiri boleh lah hari-hari kami makan. Sedap tau.. makan macam tu pun sedap dah korang. Kadang buat kerabu atau masuk dalam masakan pun boleh.

Nanti kalau menjadi pokok tomato tu Kak Sue kongsi kat sini lagi ya. Risau juga sekarang nie musim panas kan. Sampai sini dulu cerita Kebun Mini kami nie, nanti Kak Sue kongsi lagi tanaman kami atau petua kat sini ya.. papai plant people.. 

Korang boleh juga baca kat sini Kebun Mini Kami

You Might Also Like

15 ulasan

  1. Baru semalam LZ beli sepasu pokok kesum..
    Harap mampu bertahan lama pokok kesum LZ tu..
    By the way, suka dengan kebun mini Kak Sue..

    ReplyDelete
  2. Best kan kalau tanam sikit2 tanaman dan dapat makan atau guna hasilnya

    ReplyDelete
  3. Daun kesum tu sedap buat gulai.

    ReplyDelete
  4. seronoknya kak.. lepas ni boleh merasa hasil tanaman sendiri pula

    ReplyDelete
  5. Mudah ni nak masak laksa ke..asam pedas ke..kak Sue tinggal petik je daun kesum tu..segar dari kebun mini.Terbaiklah.

    ReplyDelete
  6. Rajinnye Kak Sue bercucuk tanam, Bonde pon suka tapi sedih tak ada masa....

    ReplyDelete
  7. Rajin betul kak sue ni tanam pokok.. Sejuk je rumah nanti

    ReplyDelete
  8. berbakti pada tanah insyallah ada hasilnya..
    hehe nanti tunjuk laa lagi bila da membuah hasil =)

    mesti puas hati..

    ReplyDelete
  9. Blogwalking..

    Jemput singgah ke YouTube channel Qiya Saad Tailor dan jangan lupa subscribe ye.. tq

    https://youtu.be/mWyvV3XE41k

    ReplyDelete
  10. memang syok tengok kebun. hilang stress kejap ^_^

    ReplyDelete
  11. kolin cili semua anak lagi, belum tukar pasu...kari okay, pokok kunyit otw..suka tanam herba leh buat lauk makan hahaha

    ReplyDelete
  12. saya tanam pokok cili padi tak pernah nak merasa hasilnya kak.. tak pandai jaga huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.