Resepi Ayam Goreng Serai

Assalamualaikum, hai semua. Dalam rutin harian kita mak-mak nie, kadang kita dah tak ada idea nak masak apa dah kan. Sama lah macam Kak Sue...

Assalamualaikum, hai semua. Dalam rutin harian kita mak-mak nie, kadang kita dah tak ada idea nak masak apa dah kan. Sama lah macam Kak Sue nie, cari punya cari resepi kat google akhirnya jumpa Resepi Ayam Goreng Serai nie. Rasa Ayam Goreng Serai lebih kurang macam Ayam Berempah, cuma tak letak rempah dan daun kari aja. Bahan dan cara buat pun senang ja korang..

Resepi Ayam Goreng Serai
Ayam Goreng Serai

Resepi Ayam Goreng Serai Cara Kak Sue

Sebelum Kak Sue kongsi resepi Ayam Goreng Serai Cara Kak Sue nie, sebenarnya kan Kak Sue tak pasti tersilap tengok resepi ke apa. Sebab bila Kak Sue cari balik tak jumpa pun yang letak cili padi. Tapi tak apa lah kiranya resepi Ayam Goreng Serai nie Kak Sue buat cara Kak Sue lah kan.. hehehe..

Korang kalau tak makan pedas tak payah lah letak cili padi tu tau. Keluarga Kak Sue nie jenis kalau tak pedas tak berapa nak makan, jadi kalau pedas-pedas macam nie memang kegemaran depa lah. Kira kesilapan resepi yang baik lah nie kan. Okay lah tak nak buang masa jom kita tengok resepinya ya..

Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong kecil
2 biji bawang besar - dikisar
6 biji bawang putih - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
3 batang serai - dikisar
2 inci halia - dikisar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Bersihkan ayam dan toskan
Kemudian gaul ayam dengan bahan kisar tadi
Perapkan selama 1 atau dua jam
Kemudian goreng garing dengan api sederhana
Angkat dan toskan
Sedia untuk dihidangkan

Tips untuk hilangkan hanyir ayam, korang boleh gaul dengan tepung gandum dan rendam untuk beberapa minit. Cuci bersih, sedia untuk memasak.

Korang juga boleh cub aresepi lain kat sini Resepi Ayam Masak Buttermilk

You Might Also Like

8 ulasan

  1. senang saja nak buat.nanti nak trylah kak sue

    ReplyDelete
  2. Oo..beza stail kita tak masuk cili padi je. Tapi boleh try masukkan juga ni. Mesti lagi best tak perlu nak cari cili dah lepas tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnye bolehlah cuba buat resepi Kak Sue ni nanti!

    ReplyDelete
  4. oklah tu ada cili padi baru kick sikit nak meratah

    ReplyDelete
  5. wah boleh cuba lah ni. tapi anak2 rasanya tak suka ni, haha

    ReplyDelete
  6. Nmpk mcm ayam goreng berempah.nyumm

    ReplyDelete
  7. akak.. sedap ni kak boleh cuba la nanti

    ReplyDelete
  8. Mudahnya resipi ini. Sesuai untuk yang nak berdiet :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.